Breaking

Wednesday, September 24, 2014

Blogger's Family Day Di Agrofarmstay, Melaka - Part 2


Assalamualaikum!




Keseronokan hari kedua diteruskan dengan aktiviti menarik, bermula seawal jam 8am kami dah berdiri di tepi tasik untuk melihat bunga teratai yang kembang mekar di sekeliling surau terapung ni. 




Subhanallah ... cantik kan! Inilah pemandangan terindah yang memukau pandangan kami setiap pagi. Anak-anak pun teruja nak tengok dari dekat.




Selepas selesai menikmati sarapan pagi yang enak, aku bersama rakan blogger dan family masing-masing berkumpul di Dewan Palma untuk memulakan aktiviti pertama kami.




Sebelum kami bersukaneka, senaman regangan dilakukan bagi melonggarkan segala otot-otot dan urat-urat yang tersimpul rapi hahahaha. 

Nanti nak berguling, nak melompat nak berlari takda la terkehel atau terseliuh urat-urat dan sendi-sendi ni kan hehehe :D





Bila otot masing-masing dah loose, kini sedia untuk beraksi! hehehe. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Korang boleh tengok kumpulan 1 terdiri dari anak-anak dara, kumpulan 2 terdiri dari geng-geng bujang dan kumpulan 3 (team kami) terdiri daripada mak-mak dan bapak-bapak orang hahaha!




Acara pertama, bowling buah kelapa! haha. Aku je yang panggil begitu. Sekali tengok cam senang je nak lontar bola tu kan, tapi dua kali aku baling asyik tak kena memanjang! hehe.

Apapun, team kami menang dapat tempat pertama dalam acara ni, thanks to Abe Huszaini yang memberikan saingan dengan team anak dara hehehe.




Selain acara bowling buah kelapa, kami turut bermain acara perah span air dalam botol, tiup tepung, baling belon air, berjalan bawa bola pingpong dalam sudu, kepit buah kelapa dan tiup belon sampai pecah.

Memang happening memang penat tengok gelagat masing-masing masa ni. Terserlah sikap kebudak-budakan walaupun masing-masing dah umur lanjut usia ekekekeke :p










Sebelah petangnya pula, kami dibawa pihak Agrofarmstay melawat kawasan sekeliling yang berkeluasan lebih kurang 30 hektar! Di sini bukan saja terdapat chalet-chalet dan villa tapi kami dapat melihat sendiri pelbagai tanaman herba dan haiwan yang diternak dan dijaga disini sebagai tarikan pengunjung.







Yang aku pegang ni ialah landak hehe. First time pegang anak landak rasa cam geli-geli bila dia jalan atas tangan aku hehe. Pastu anak abg Huszaini pi tarik bulu anak landak ni, sampai terberak 'orang' tu kat atas tapak tangan aku! @_@




Meet Bujang! Bujang adalah nama kepada kuda yang dipelihara kat Agrofarmstay ini. Sebenarnya, Bujang adalah kacukan kuda + pony, sangat comel dan sangat 'peramah' hehe. Beberapa kali aku cuba nak berselfie dengan Bujang, tapi tiap kali aku pegang hidung dia, dia cuba 'ngap' tangan aku ekekekeke :p




Haaaaa antara banyak-banyak gambar selfie ngan Bujang, yang ni yang paling fotogenik aku rasa! wakakakaka. Puas aku pujuk si Bujang ni tau, boleh tahan jual mahal kuda sekor ni!

Dia tak suka aku pegang hidung dia kot! hahaha :D








Kanak-kanak riang sedang memberi daun kepada kambing bunting ni. Kemain seronok la kambing tu dapat makan daun hehehehe.




Pastu kami dibawa berjalan menyelusuri kebun-kebun, antaranya kebun limau kasturi dan misai kucing.



Di Agrofarmstay ini juga ada ditanam pokok kurma tau. Walaupun masih diperingkat awal, tapi nampaknya pokok kurma boleh hidup di kawasan ini.




Selfie ngan Mira dalam perjalanan ke kebun. Kakak takda time ni, lari masuk umah tengok tv ngan kengkawan hehe.






Dah puas melawat kawasan, kami bersedia untuk aktiviti mencabar seterusnya! ^^





Aktiviti petang tu antaranya berkayak dan menaiki bot. Kalau berkayak aku tak berani hehe, so aku bawa anak-anak naik bot je la :D




Dah puas round keliling Tasik Kacang dengan bot, kami pi swimming plak! Budak-budak ni memang seronok sakan la bila dengar nak gi swimming pool hehe.




Beria-ia anak-anak suruh aku ajar berenang, padahal aku pun berpaut kat dinding sambil kaki goncang-goncang dalam air wakakakaka! Terer sangattttt kannnnn!





Heyyyy! ini rupanya kerja Pak Jelan di tepi kolam mandi hahaha. Sempat lagi selfie sengsorang ye bang.... usha ape tu? bulu idung ka? ekekekeke :p

Jangan tanya naper Pak Jelan tak masuk dalam pool tu, dia pun dua kali lima cam aku gak hahahaha :D



Sebelah malamnya pulak, kami berjimba sambil berkaraoke dengan rakan-rakan blogger yang lain. Malam tu juga ada BBQ dan makanannya fuh! sodap tak menyompek den nak amik gambo bagai.

Tau-tau je pinggan dah 'bocor'! hahaha.




Bab karoks memang masing-masing ada bakat tersendiri. Tengok je la gaya aben bila menyanyi haha. 

Apapun, semua rakan blogger #kelabbloggerbenashaari memang sporting habis. Suara pun sedap-sedap. Mujur aku boleh tahan diri dari pegang mikrofon, kalau tak satu homestay dengar suara aku malam tu ekekeke :p


Bestnye Agrofarmstay!




5 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.