Assalamualaikum!
Masuk hari ketiga .... terasa masa cepat sangat berlalu. Rasa macam tak nak balik je hehe. Anak-anak cukup seronok sepanjang 3 hari berada di Agrofarmstay ni. Seronok mandi swimming pool, berlari turun naik bukit, kejar dan bagi makan itik, naik bot dan makan! hehe.
Aku pun rasa seronok sepanjang 3 hari ni, tenang rasa hati bila dekat dengan alam semulajadi ni. Hilang kejap tensi dan tekanan di tempat kerja dan jalanraya huhu.
Antara kenangan lucu aku kat sini ialah masa nak amik gambar selfie dengan Bujang, kuda 'remaja' satu-satunya yang terdapat di Agrofarmstay, Melaka.
Jenuhla aku nak berselfie ngan kuda sekor ni hahaha. Kita usap idung dia nak bagi jinak, tapi pantang aku letak tangan atas idung dia, dia bukak mulut tunjuk gigi kuning dia pastu nak 'ngap' tangan aku! hahaha.
Very noty ye Bujang! ^^
Terima kasih pada pihak Agrofarmstay yang telah sudi menjemput kami sekeluarga bersama rakan-rakan blogger lain menikmati alam semulajadi di Agrofarmstay ini.
Tak lupa juga tanda ingatan tulus ikhlas di atas layanan baik dan mesra dari staff-staff di Agrofarmstay dan En. Bari serta En. Ahmad sendiri ke atas kami semua.
Pastinya kami akan merindui kedamaian dan ketenangan di sini.
Satu pengalaman dan kenangan terindah buat aku sekeluarga. Terima kasih pada Kelab Blogger Ben Ashaari di atas peluang ini. Tercapai sudah hajat nak bawa anak-anak bercuti ^^
Jika korang ingin menikmati pengalaman bercuti dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, kawan-kawan, persatuan mahupun organisasi di Agrofarmstay @ Skill Tech, Melaka bolehlah menghubungi terus talian di bawah :
En. Abdul Bari Ahmad Bashiruddin
(Manager Agrofarmstay@Skill Tech)
012-2118246
En. Ahmad Bashiruddin Bin Kulop Othman
(Director)
016-2098623
Laman Web :
Facebook :
Bestnye Agrofarmstay!
- Blogger's Family Day
- Blogger's Family Day Di Agrofarmstay, Melaka - Part 1
- Blogger's Family Day Di Agrofarmstay, Melaka - Part 2
seronok sekali sekala dapat bercuti di tempat macam nie kan hanim.tenang je rasa.
ReplyDeletememang seronok kak, peluang macam ni takkan datang selalu kan. Bila ada rezeki nanti, memang nak repeat dtg sini :)
Deletemesti best kan kt sana, teringin plak nk pergi, tapi xtaw la bila..hehe
ReplyDeletebesttt sangat! hehe. InsyaAllah tak jauh, dekat je kat Melaka nanti sampai la ika :)
DeleteWah cuti2 ni khas untuk blogger je ker? Macam menarik jer :)
ReplyDeleteSalam Perkenalan sis ni blog saya http://www.empayarmarlisha.com/ jemput singgah yek :)
Eh untuk orang luar kalau nak bercuti di sini pun boleh sis hehe :D
Deletewow.. nice family outing and with bloggers :D
ReplyDeletenice pics.. sure kids like go.. :D
namesherry.com
Thank you sherry, definitely it was fun here and the kids ...the loved it! ^^
DeleteBestnya anim.. =D
ReplyDeletebest nyer dapat pergi ngan bloggers yang lain. Teringin juga. heheheh
ReplyDelete