Breaking

Saturday, January 11, 2025

Saturday, January 11, 2025

Idea Seminit

 

Malam tu anak bagi cetusan idea nak masak apa untuk esok. Nasi lemak. Last aku masak nasi lemak, nasinya jadi keras. Walaupun santan letak secukupnya tapi tetap jugak nasi tu jadi keras. So aku macam berat hati nak masak.


Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Tunggu la esok pagi baru fikir hehe. Bangun pagi mata masih mengantuk lagi. Bukan badan je penat, otak pun penat. Tapi hidup mesti diteruskan. Perjuangan mesti ditegakkan.


Ah masak lagi bagus!



Jujurnya, aku tak pernah masak nasi ayam seumur hidupku. Adakah itu satu aib? hahaha. Tapi aku cakap pada diri, satu hari nanti aku akan masak nasi ayam ni. Ikut resipi sapa? tak tahu lagi. Dan hari itu adalah hari ini. 


Kalau dulu bukak buku resipi. Tapi kini semua dihujung jari. Aku bukak tt dan klik je la video sapa-sapa yang aku rasa senang nak ikut dan berkenan dengan hasilnya. Sambal nasi ayam ni aku tak buat ikut macam dalam tt tu. Aku modify sambal nyet KA yang maha pedas tu haha. Letak gula, letak air dan masak atas api. Kacau sampai dia masak sikit dan pekat. 


Setel!




Walaupun pertama kali aku buat, alhamdulillah seisi keluarga kata sedap. Lagipun anak-anak aku selera pelik sikit. Yang kakak, amik nasi ngan ayam je. Yang adik, makan nasi, ayam ngan sup. Ayahnya makan nasi, ayam, sambal, sup dan salad. Tomato dia rejek haha.


Aku sorang je la yang menikmati nasi ayam lengkap semua ada! Takpela, janji diaorang makan.


Thursday, January 09, 2025

Thursday, January 09, 2025

Orang Melayu Dan Sambal

 

Dari hari pertama sambal ini dilancarkan penjualannya di platform Shopee dan TT, aku tak pernah sekalipun berhasil untuk check-out. Pernah sekali je aku cuba berebut check-out tapi ternyata internet prepaid aku terlalu slow hahaha.


Yah, dan aku memutuskan untuk tidak beli lagi selepas tu. Aku ingat lagi masa mula-mula KA jual sambal sebelum ada kilang. Masak sendiri. Bungkus sendiri dan pos. Waktu tu pun orang dah berebut beli. 


Botol pecah, minyak banyak sangat, penutup longgar dan lain-lain adalah antara maklum balas dari pelanggan masa mula-mula dia bertapak dalam dunia persambalan. Tapi masih juga tak putus orang membeli sambal dari dia. 


Hakikatnya, orang masih membeli sambal dari dia kerana dia sedia menerima kritikan lalu perbaiki dan tingkatkan kualiti produk sambal dia. Sehingga akhirnya KA berjaya menjadi satu jenama gah dalam dunia persambalan. 



Waima, orang asing pun ada yang beli dan review sambal nyet ni. Bukan kerana rasanya semata-mata sebab bagi aku, sedap itu subjektif dan ikut selera tekak masing-masing. Ada orang suka sambal itu pedas dan manis. Ada orang tak suka pedas tapi suka manis. Ada orang pulak fikir kalau tak pedas itu bukan sambal.


Lalu pada 1 Januari yang lalu, live KA muncul di TT aku. Takda niat nak beli pon, tapi saje la nak try kot mana tau boleh 'sangkut'. Sebelum-sebelum ni, kalau KA bukak beg kuning tak sampai 10 minit habis semua sambal dia. Maklumla, aku punya internet prepaid memang slow hehe.


Tapi takpela, try je la kan. Dapat alhamdulillah, tak dapat pon takpe. Eh eh tetiba lepas pulak buat payment haha. Maka, akhirnya sampai la sambal KA ke rumah. 


Hebat anak muda sekarang meniaga. Orang kita pun dah ramai yang meniaga sambal di platform atas talian macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam-macam jenis sambal pulak tu. Aku pun boleh je nak masak sambal sendiri, tapi kadang-kadang teringin juga nak merasa sambal orang lain buat. Rasa berbaloi, kita support lagi. Rasa hauk, itu je la sekali beli.


Moga semua peniaga sambal dimurahkan rezeki dan bersaing secara sihat. Majulah sambal untuk Malaysia!



Wednesday, January 08, 2025

Wednesday, January 08, 2025

12 Maksud Perkataan Baharu Dari Dewan Bahasa dan Pustaka

 


Teringat aku masa cikgu ajar subjek Bahasa Melayu Kertas 2 dulu tahun 1999-2000. Masa tu format kertas 2 Bahasa Melayu ada karangan. Kalau dapat soalan jenis, pernyataan atau pendapat atau perbincangan atau rumusan, cikgu sarankan guna perkataan yang luar dari kebiasaan atau generasi kami panggil dulu 'ayat bombastik' la hehe.

Contoh, dalam permulaan sesuatu ayat biasa kita letak "Baru-baru ini ...", kita gantikan dengan perkataan "Mutakhir ini ...". Maksud yang sama tapi bila dibaca ia jadi satu karangan yang wow la sebab penggunaan perkataan yang luar dari kebiasaan.

Lagi apa? Contoh, "membina ekonomi yang kuat..", digantikan dengan "membina ekonomi yang mampan ..." Kalau pengawas baca karangan kita macam tu kan sedap dia menanda nak bagi markah hehe. Masa awal tahun 2000, perkataan-perkataan begini sangat baru bagi kami dan perlu berlatih banyak untuk hafal dan ingat maksudnya. 




Bila anak pulak jadi calon SPM, aku terapkan benda yang sama. Gunakan perkataan yang luar dari kebiasaan tapi maksudnya relevan dan sama dengan perkataan biasa yang kita guna. Barulah pengawas yang menanda kertas kita tu tahu bahawa calon ni memang berpengetahuan luas tentang penggunaan Bahasa Melayu dan rajin membaca.

Aku selalu cakap pada anak-anak, bila kita di tingkatan tertinggi maka penggunaan bahasa kita juga mesti menunjukkan peningkatan dan tidak boleh sama seperti karangan di tingkatan satu sehingga empat. Tapi macam aku cakap tadi, dah tentulah kena rajin membaca dan buat latihan sebanyak mungkin.



Tuesday, January 07, 2025

Tuesday, January 07, 2025

Destinasi 1.1.2025

 

Ni semua penangan tiktok la! Ada satu video fyp pasal JBR Bundle yang baru dibuka di Shah Alam pada 28 Disember lepas. Biasala kalau barang bundle ni, satu family memang suka layan. JBR Bundle Shah Alam yang baru ni terletak dekat dengan Petronas Batu 3. Waze je nanti jumpelah.


Kebetulan hari tu adalah cuti Public Holiday tahun baru, jadi semuaaaaa orang nak keluar pergi jalan-jalan. Salah satu destinasinya adalah disini. Mujurlah tempat baru ni parking space dia besar giler dan masih PERCUMA! hehe. Aku tak pastilah dimasa akan datang kena bayar ke tidak. Harap tidak lah ye.




Memang terkesima tengok ruang dalam JBR Bundle ni. Setakat ini, kedai bundle yang terbesar pernah aku masuk adalah JBR Bundle yang baru ni lah. Memang besar gedabak! Siap boleh muat sebiji kereta lagi!


Ada dua tingkat. Tingkat atas untuk pakaian dan aksesori lelaki. Tingkat bawah untuk pakaian dan aksesori wanita, kanak-kanak, segala jenis beg tangan, kasut dan banyak lagi barang yang telah buat aku rambang mata hehe.









Takda istilah 'cuci mata' kalau masuk kedai bundle ni. 'Cuci' poket ade la hehe. Tengok jelah sambutan orang ramai untuk hari pertama tahun 2025. Tapi walaupun ramai orang, masih ada ruang untuk berjalan dan pilih barang. Yang bawak anak pun ramai tapi takde lagilah kejadian anak hilang kat situ hehe.


Satu benda yang aku palinggggggg suka pasal JBR Bundle yang baru ni. Dia sediakan surau dan tandas ye! Maksudnya, kau boleh duduk lama dalam tu pilih barang dan shopping baju lepas tu boleh pergi solat. Tak payah susah payah bajet masa nak balik pukul berapa. Nak ke tandas tak perlu keluar dari kedai. 


Inilah kelebihan orang kita bila berniaga. Kalau fikirkan tentang kemudahan asas macam tandas dan surau macam ni pon dah boleh jadi poin untuk menarik minat ramai orang untuk datang. Sebelum ni, aku tak berapa suka masuk kedai bundle sebab cik suami dan anak-anak kalau milih barang mesti lama. Pastu kejar masa nak solat la. Kadang-kadang rasa nak terkucil hehe. Pendek kata, selesa la kat sini.




Dah gi tandas dan dah solat. Jom sambung 'menyelam' hehe.



















Dari start kami sampai sehingga nak balik dah, masih ramai lagi pengunjung yang keluar masuk. Memang padu sambutan! Eh ni bukan review berbayar ye. Aku habis seratus lebih kena pau ngan anak-anak haha. Tapi aku pon ada beli barang aku jugakla. Yang pasti bukan baju-bajan hehe. Aku suka tengok pinggan mangkuk dan barang dapur dia. 

So all the best to JBR Bundle Shah Alam! Jom support lokal!


Friday, January 03, 2025

Friday, January 03, 2025

Perkara Baharu Berkuat Kuasa Di Malaysia Mulai 1 Januari 2025

 

Tahun 2024 merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang. Namun, menginjak saja ke tahun baru 2025 kita akan menghadapi beberapa perubahan atau perkembangan baru yang pastinya akan memberi kesan secara langsung atau tidak.




Antara perubahan baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025, ialah :


    1. Malaysia secara rasminya menjadi Pengerusi ASEAN dan akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun.


Pendapat aku : Kalau perasan, bandaraya Kuala Lumpur sekarang sedang dalam proses penambahbaikan dari segi infrastuktur, landskap dan lain-lain. Sebab tu, aku tengok banyak operasi dari PBT untuk memerangi gerai-gerai tepi jalan dan warga asing. 


    2. Premis dobi dan bangunan tempat kerja menjadi kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024. Sebanyak 28 kawasan termasuk hospital, klinik, lif, tandas awam, tempat makan, kedai berpenghawa dingin, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, kawasan taman asuhan kanak-kanak, komplek membeli-belah, stesen minyak, perpustakaan, stadium dan banyak lagi.

Pendapat aku : Aku sokong larangan merokok ini diperluaskan ke premis dan kawasan seperti yang disebut atas. Tapi harapnya penguatkuasa dapat tangkap mereka-mereka ni dan saman. Aku tengok sekarang kat kedai makan walaupun ada papan tanda 'Dilarang Merokok', masih jugak ada malaun yang berani merokok di meja makan. Punya pemalas berat bontot nak berjalan pergi merokok kat luar! 

    3. Penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.

Pendapat aku :  Bagus dari sudut dia akan membantu kewangan kita sekiranya perniagaan terjejas atau sudah tiada modal untuk meneruskan perniagaan. Sekurang-kurangnya itulah tabungan kita kalau sudah tiada pendapatan.

    4. Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYSiswa dinaikkan dari RM300 ke RM400 dan dijangka memanfaatkan lebih 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik.

Pendapat aku : Menarik untuk mahasiswa kita. Boleh buat semakan bermula sekarang https://subsidiudara.mot.gov.my/

    5. Taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan JKM diwajibkan untuk memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing.

Pendapat aku : Langkah yang bagus supaya ibubapa lebih yakin untuk menempatkan anak-anak mereka di taman asuhan yang berlesen dan sah. Apa-apa terjadi, saluran JKM boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap pengusahan taman asuhan. So, risiko berlakunya insiden kematian bayi dapat dikurangkan.

    6. Johor akan melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad berikutan titah dari Sultan Johor pada Oktober lepas dan mendapat perkenan YDPA.

Pendapat aku : Aku tak terkesan sebab bukan tinggal dan kerja di Johor. Jadi apa kata orang Johor? Ok ke tukar? ke tak ok? Cer komen ;)

So, itulah beberapa perkara baharu yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2025. Semoga tahun ini menjadikan kita semua lebih produktif dan berdaya saing. Serta menjadi masyarakat yang lebih bijak dan kreatif.

Monday, December 30, 2024

Monday, December 30, 2024

Punca Kematian Mochi

 

Sudah genap setahun Milla meninggalkan kami. Kerinduan masih tiada ubatnya. Kini Mochi pulak menyusul pergi. Menambah kesedihan dan kelukaan di hati. Pemergian Mochi kali ini memang tidak kami jangkakan langsung.


Mochi sangat sihat. Dari kecil dia hanya pernah sakit mata sekali. Lepas tu, Mochi tiada langsung masalah kesihatan waima demam sekalipon. Tapi siapa sangkakan, dalam diam ada yang membunuh secara senyap dan meragut nyawa Mochi dengan begitu cepat sekali tanpa dapat kami rawati dan jaga dia.




Mochi anak bulus yang baik sejak kecil. Suka buat hal sendiri, pandai bawak diri dan tak memilih makanan. Dia boleh hidup hanya dengan makan kibble je. Cukup mudah menjaga dia. Mochi tak pernah cari gaduh dengan kucing lain dan mudah manja bila dibelai.

Seminggu sebelum tu, berat badan dia turun mendadak. Tapi tiada simptom fizikal yang jelas dia tunjukkan. Berak kencing normal, tiada nanah atau luka. Benjolan dan bengkak pun tiada. Cuma dia dah tak berapa nak makan. Asyik tido je.

Tapi pagi tu, tiba-tiba nafas dia laju. Mulutnya ternganga dan tak boleh angkat kepala pon. Terus kami bawa pergi vet untuk diperiksa. Vet suruh buat x-ray untuk sakit apa yang menimpa Mochi memandangkan tiada simptom fizikal.






Luluh hati bila vet bagitau yang Mochi mempunyai ketumbuhan di paru-parunya. Jantungnya membengkak sikit sebab perlu 'kerja' kuat untuk pam oksigen. Bahagian abdomen pula dah dipenuhi air. Lebih memilukan lagi, vet bagitau yang penyakit kanser masih tiada ubatnya😭.

Pun begitu, Mochi dibekalkan ubat untuk terus bertahan. Di rumah, dia hanya terbaring mencari nafas.




Takdir Allah, malam itu juga Mochi pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Pergilah Mochi dengan tenang. Mama redha walaupun masih sedih sehingga kini. Kami rindu Mochi. Mochi anak yang baik. 

 



Sakitnya kehilangan. Sakit lagi menanggung kerinduan .....



Tuesday, December 17, 2024

Tuesday, December 17, 2024

Vaksin Lengkap Untuk Anak-Anak Dakbu

 

Akhirnyaaa lengkap sudah vaksin untuk ketiga-tiga ketul budak comel ni. Lega banyak! Lepas ni boleh fokus pada nak mandulkan diaorang pulak. Itu semua tahun depan punya cerita. Tengok jugak pada keberadaan bajet. Yang penting diaorang punya vaksin tiga kali tu dah setel.


Satu benda yang pencinta kucing perlu tahu ialah vaksin kucing sangat penting tau. Lepas vaksin, mandul. Memang mula-mula belanja dia agak besar jugak. Tapi, kucing jarang sakit dan risiko berjangkit bila terdedah dengan kucing luar tu dapat dikurangkan. Jadi, tolonglah lakukan dua perkara ini sekiranya bela kucing indoor.



Aku sempat tanya pada vet tu, kenapa ada yang bulu panjang ada yang bulu pendek. Vet tu bagitau, yang belang tu jenis Tabby. Yang hitam tu jenis Tuksedo dan kelabu tu ...ala lupa dah! Tapi baka blue-eye jugak la walaupun mata dia tak biru.


Kenapa macam tu? Vet tu bagitau sebab walaupun mak ayah diaorang bulu pendek dan biasa-biasa je, mungkin nenek atau atok diaorang memiliki ciri-ciri bulu panjang. Kiranya diaorang ni 'mengikut' la hahaha. Oohhh baruku tahu.


Dua-dua jantan

Satu-satunya 'bunga'

Jenuh nak mikirkan nama ape nak letak kat diaorang ni. Last-last aku bubuh je nama yang terlintas di fikiran. Suh anak-anak bagi nama .... lambat sangat bagi jawapan!






Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.