Assalamualaikum everyone
Kalu korang berjalan2 atau bercuti di negeri Melaka, tempat maner yang best untuk korang pergi? Kat Melaka ada macam2 tempat yang menarik untuk dilawati. Dari zoo ke tempat2 bersejarah yang masih terpelihara sehingga kini. Tidak ketinggalan pilihan medan2 ikan bakar yang tidak kurang hebatnya di sini. Kalu korang nak naik kapal Belanda tu pun boleh tapi kapal tu dah banyak tahun tak belayar..sebab duk atas jalan raya jer heeeheeee.
So, ahad lepas kitaorng pun tidak ketinggalan untuk menikmati hujung minggu bersama tapi kali ini special sikit sebab Pak Uda diaorg pun ader sama. So, memandangkan Pak Uda diaorg 1st time jejak kaki di Melaka, kami pun bawa dia 'round' sekitar bandar Melaka tapi korang bayangkan lah..walaupun akak orang Melaka tapi tak pernah lagi akak masuk tempat2 yang pelancong duk biasa pergi tu. Hari tu, ditakdirkan rezeki kitaorg maka dapatlah kami naik kapal...tapi kapal ni sure memang boleh belayar atas air yer.
So, tempat yang kitaorg pergi ni namanya Melaka River Cruise. Biasa akak balik kampung lalu depan tempat ni macam takda perasaan jer..tapi hari tu terasa macam pelancong pulak hehehe...kalu tak kerana Pak Uda yang ajak kami, mungkin sampai bila2 pun akak sekeluarga takkan sampai naik bot tu *eh, bot ke kapal yer?...belasah je la!*
sempat lagi beli eskrem tuh! |
Pak Uda beli tiket |
pemandangan dari atas jeti |
Sedang tunggu giliran |
Khusyuk betul encik suami makan eskrem...atau nerves nak nek bot?hehehe |
"Peace!"...ready nak nek bot teruja bebenor yer. |
Yeahhhh!kitaorg dah naikkkkk...sempat Pak Uda sengih kat belakang. |
Tiket untuk dewasa berharga RM10 & kanak-kanak berharga RM5 jer..yang ni harga untuk penduduk tempatan means Malaysian jer..tapi kalu korang pelancong asing harga tiket akan naik sedikit la yer..tapi memang menarik! Inilah 1st time akak nek bot 'cruise' ni, kalu kita dah duduk dalam bot baru kita boleh nampak kecantikan pemandangan sungai Melaka dan kawasan penempatan sekitarnya. Rata2nya semua bangunan dan rumah2 di sepanjang sungai dipelihara oleh kerajaan Melaka untuk mengekalkan kecantikan dan keaslian rumah2 dan bangunan2 lama. Yang lain tu korang layan la sendiri k hehehe.....rollllllllllll! .
.
.
mini pirate park |
antara jambatan yang ada |
Lagiiiiiiii....
hotel lama di seberang sungai |
pemandangan dari dalam bot |
antara lukisan mural yang menjadi daya tarikan pelancong |
menunjukkan kepelbagaian makanan tradisional pelbagai kaum. |
Lagiiiiiii.....
Bangunan lama zaman penjajah Belanda |
pemandangan balkoni sebuah rumah...masih berpenghuni tau. |
Kincir air dilihamkan oleh K.M Melaka |
Nampak tak biawak kat tebing tu? Biawak di sini dibela dan diberi makan oleh orang2 kat River Cruise Melaka ni dan memang menjadi 'duta' khas. |
Lagiiiiii......
Perkampungan Morten |
Ader juga homestay di sini ..so korang takyah gi duduk jauh2. |
Melaka pun ader pokok kayu bakau tau..pokok ini tumbuh secara semulajadi di tepi sungai Melaka. |
Antara hotel yang terdapat di sini...kalu ader duit banyak boleh tidur di sini yer hehe. |
Lagiiiii....Dah habis la.
Bubye Melaka...jom kiter balik ;) |
No comments:
Post a Comment