Entri kali ini BUKAN untuk mengajak korang mengubah ciptaan Allah Yang Maha Sempurna, tetapi sekadar berkongsi info mengenai satu alat yang tidak terfikir oleh kiter untuk menciptanya apatah lagi untuk digunakan.
Alat yang dimaksudkan ialah Beauty Lift High Nose keluaran Syarikat Omni di Jepun. Alat ini dikatakan dapat memancungkan hidung dengan bantuan sejenis alat getaran (vibrator) di dalamnya. Seunit dijual pada harga USD 83 (RM258).
*Adakah hidung mancung itu menjadi suatu ukuran kecantikan seseorang? Adakah dengan mengubah bentuk wajah dapat menjadikan anda SEMPURNA??*
*KESEPURNAAN ITU HANYA MILIK ALLAH*
No comments:
Post a Comment