Sumber:HALUAN Palestin |
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Sesungguhnya kemenangan itu milik Allah s.w.t dan orang-orang Palestin. Gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua pihak bertelagah telah berakhir semalam. Ribuan penduduk Gaza mula keluar di jalan-jalan raya beramai-ramai bagi meraikan kemenangan mereka menentang tentera Zionis laknatullah.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan thaniah di atas 'kemenangan' mempertahankan Gaza dan menentang Israel. Beliau turut mengucapkan takziah kepada mereka yang mati syahid.
Sumber:kosmo |
Antara lain, teks kesepakatan gencatan senjata berbunyi;
"Israel akan menghentikan semua tindakan permusuhan (hostilities) di daratan, laut dan udara Semenanjung Gaza, termasuk pencerobohan dan sasaran-sasaran terhadapa individu-individu tertentu.""Semua paksi (pasukan pejuang di) Palestin juga kana menghentikan semua tindakan permusuhan dari dari Semenanjung Gaza terhadap Israel, termasuk serangan roket dan semua serangan di sepanjang sempadan."
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kemenangan ini kepada pejuang-pejuang di Palestin. Terima kasih Mesir yang sangat tegas dalam hal ini,semoga Allah merahmati anda. Terima kasih juga atas doa-doa dari seluruh umat Islam di dunia dan hanya kepada Allah s.w.t sajalah tempat kita bergantung. Sesungguhnya, Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Allahuakbar!~"Prosedur perlaksanaan kesepakatan ini akan dilaksanakan dalam 24 jam sesudah gencatan senjata. Mesir sebagai negara yang menaja rundingan ini akan memastikan kedia-dua pihak terlibat teguh berpegang dengan kesepakatan tersebut. Kedua-dua pihak dilihat menyatakan komitmen masing-masing untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan kesepakatan tersebut. Sekiranya berlaku tindakan yang merosakkan kesepakatan, Mesir sebagai penaja rundingan damai ini akan dimaklumkan dan akan mengambil tindakan langkah selanjutnya."
Dan ketika kamu ditimpa kesusahan, bacalah;
"Hasbunallah wani'mal wakil"
(Cukuplah Allah sebagai Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
No comments:
Post a Comment