Aper reaksi korang kalu jumpa bende ni dalam peti surat korang? Korang ader baca tak kandungannya atau korang buang terus? Minta maap la akak guna perkataan TAIK sebab nak menunjukkan betapa busuk dan jijiknya kedua2 perbuatan ini. Jangan pulak ada yang hilang selera makan nanti heeeee:D. Mungkin ramai yang takkan ambil peduli pasal bende ni, kerana kiter yakin diri kiter takkan terlibat dengan bende2 karut marut seperti ni kan? Tapi takkan kiter nak berdiam diri jer kan? Sekurang2nyer perlu juga kiter mewujudkan kesedaran tentang betapa bahayanya gejala yang sangat hodoh ini yang hanya bermula dari penyebaran risalah2 seperti di atas!~*wah marah ni!*
Di dalam al-Quran jelas telah menerangkan perihal larangan Allah s.w.t tentang JUDI & MENILIK NASIB, seperti firman Allah yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
(Surah al-Maidah: ayat 90)
Maka, sebagai seorang muslim/muslimah kiter bukan hanya perlu ambil tahu tentang hukum dan larangan dalam agama tapi kiter juga perlu mewujudkan kesedaran dan saling ingat-mengingati sesama saudara Islam agar diri, keluarga dan keturunan kita bebas dari perbuatan yang dikeji Allah s.w.t ini.
Sabda Rasulullah s.a.w bersabda;
"Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-aoa yang dikatakan sesungguhnya dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan oleh Muhammad."
(Imam Ahmad dalam Musnadnya:9532)
Kesimpulannya, manusia hendaklah bergantung kepada Allah s.w.t semata-mata seperti yang kita selalu baca dalam solat;
(Surah al-Fatihah:ayat 5)
"Hanya kepada Engkaulah kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
Semoga kita dan keluarga seluruh umat Islam dilindungi Allah s.w.t selalu. Selamat bersolat (^_^). Wassalam~
No comments:
Post a Comment