Breaking

Sunday, November 25, 2012

Bilik Darjah Ala Star Trek

Kajian menunjukkan penggunaan meja interaktif pintar mampu
meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam Matematik.

Tiada lagi debu kapur tulis di papan hitam dan timbunan buku latihan dengan terciptanya bilik darjah masa hadapan atau 'classromm of the future'. 

Di Britain, seramai 400 murid telah berpeluang menerokai teknologi pembelajaran ala star trek melalui projek  3 tahun yang dijalankan oleh Universiti Durham, London. Pembelajaran menerusi 'Bilik Darjah Star Trek' dilengkapi meja belajar pintar pelbagai sentuh yang dilengkapi perisisan komputer oleh pakar di unviersiti tersebut.




Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan murid-murid mampu meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang. Kajian juga membuktikan penggunaan meja interaktif pintar ini dapat mengurangkan penggunaan kertas. 

"Penggunaan meja interaktif pintar ini dapat membantu pelajar dalam kegiatan berkumpulan dan memudahkan para guru memerhati prestasi murid-murid di dalam kelas. Matlamat kita ialah untuk menggalakan pembelajaran di tahap tertinggi, di mana ilmu pengetahuan di perolehi dengan caraa berkongsi, penyelesaian masalah, dari hanya mendengar sahaja.",kata Ketua Penyelidik Pendidikan Universiti Durham, Profesor Liz Burd.


Projek yang diberi nama SynergyNet ini telah diintergrasi kepada sistem meja pintar kolaboratif, dibina sebagai sebahagian 'fabrik dan perabot dalam bilik darjah'. Meja interaktif pintar pelbagai sentuh membolehkan pelajar mengambil bahagian sepenuhnya dalam proses pembelajaran tanpa ada seorang yang hanya menguasainya.

"Pembelajaran secara berkumpulan telah menunjukkan prestasi yang baik, kerana pelajar berinteraksi dan belajar dalam cara yang baru," kata Penyelidik, Fakulti Pendidikan Universiti Durham, Emma Mercier.-MO


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.