Morning glory everyoneeeee!~
Sumer ceria2 ker arini? Ader yang dah start cuti, ader yang start nak kawen heeee
Ader yang dah bercuti di kampung masing2,
Ader juga yang dah start nak pegi holiday kan kan kan?
Goooooooooood!~
So, harini akak drive ke opis dengan sungguh tenang dan CEPAT!~
alhamdulillah(^_^)
So, akak nak story mory skit pasai BUAT BAIKKKKKKK~
"Perlu ke kiter berbuat baik?" "Perluuuuuuuu" *Akak jawab bg pihak korang la heeeee*
Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Qasas yang bermaksud;
"Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)
(Surah al-Qasas: ayat 77)
Maka, adalah disarankan kita berbuat baik/ihsan terhadap sesama manusia, haiwan dan alam sekitar. Namun begitu, perlu diingat bahawa konsep berbuat baik/ihsan ini bukan untuk digunakan secara membuta tuli sehingga 'memakan' diri sendiri dan keluarga. Pepatah lama Melayu ader mengatakan 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.'
Gambar: Harian Metro |
Terutama bab melibatkan harta benda dan wang ringgit. Bukan la tak boleh langsung kiter menghulurkan bantuan kepada rakan2 yang memerlukan, tapi jangan sampai kiter pulak yang berhutang semata2 untuk membahagiakan orang lain...RM2 juta pulak tu dek nonnnnnnnnn! Dan akhirnya, 'Nasi sudah menjadi bubur.'
So, hendaklah kiter sentiasa berwaspada sebelum menghulurkan pertolongan secara membuta tuli. Tentu kiter tak mahu jadi seperti 'Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita' *(fuhhhh! terasa macam Karam Singh Walia wehehehee)*
No comments:
Post a Comment