Morning glory everyoneeeee!~
Amboiiii lambat gak korang bangun pagi ni yer
balas dendam la tu hehehehe
Pagi Sabtu di kampung memeang mendamaikan
yang didengari hanya suara ayam berkokok
dan bukan suara enjin kete semput di jalan raya
hikhikhik~
Walaubagaimanapun, kiter kene sentiasa bersyukur dengan kedamaian
yang kiter tengah kecapi sekarang dan berdoa lah agar
kedamaian ini turut dapat dirasai oleh saudara2 kiter di Palestin, Syria dan bumi2 bergolak yang lain.
Oklah. akak tak nak bercolteh panjang sangat pagi ni,
cuma nak berkongsi suatu cerita dengan korang...
sambil2 tu boleh kiter bermuhasabah diri jugak kan?(^_^)
Hope u guys enjoy!~
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para
malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia,
tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan
mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan
hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk
berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap
hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia
di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap
dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling
indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia
akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara
kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan
bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa
yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa
dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat
melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan
mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun
sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat
jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang
ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.
Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap
pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah
satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah
anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak
kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu..Allahurobbi~
No comments:
Post a Comment