Abah with his beloved children~dalam pangkuannya itulah...aku Love abah forever~ |
Sedikit nukilan kukiaskan untuk seorang insan istimewa menjadi kenangan,
Hari ini adalah hari berbahagia untuk seorang insan yang banyak menabur budi dan kasih sayang dalam hidupku. Dia lelaki pertama yang hadir dalam hidupku, menjadi orang terpenting saat aku dilahirkan di dunia dan kasih sayangku padanya takkan berkurangan selagi jasad bernyawa. Setiap solatku sentiasa diringi doa untuknya dan ibuku agar mejadi mendapat keredhaan dan kesejahteraan dunia akhirat. Kegigihan dan kesungguhan dia menempuh pelbagai rintangan dalam hidup ditambah dengan kerenah anak2 yang sentiasa memberi masalah padanya tidak sedikitpun melunturkan kasih sayang dan cintanya terhadap anak2 kesayangan.
Waktu berlalu begitu pantas, dia yang dahulunya cergas dan tangkas kini semakin perlahan langkahnya semakin kurang kudratnya, namun satu yang tidak pernah berubah, masih ada kasih dalam jiwanya, masih tersemat sayang dalam hatinya.Senyum diukir tanda sayang, mulut menutur bicara tanda keprihatinan..yang mana salah diperbetulkan.
Ketegasan menjadi asas dalam asuhan, namun masih terselit kasih sayang dan kuntuman senyuman. Gelak tawa dan gurauan menjadi hiburan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Walaupun diriku sudah dimiliki, namun ketahuilah diri ini tetap menyayangi dan mengasihimu sepanjang hayat.
Walaupun tiada ucapan dari diriku atau sebungkus hadiah buat dirimu namun yang pasti doaku pohon pada Yang Maha Esa agar dirimu sentiasa mendapat redhaNya dunia dan akhirat.Selamat Hari Lahir..ABAH (^_^)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete