Satu hari Rasulullah didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerima dengan hati yang gembira.
Buah limau itu dimakan Rasulullah seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya, Rasulullah s.aw. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan.. setiap kali dengan senyuman. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah kesayangan mereka itu. Lalu mereka bertanya, Rasulullah s.a.w tersenyum dan menjelaskan;
"Tahukah kamu sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."
Begitulah akhlak Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda tak baik, dan dari bukan orang Islam pula. Wanita tadi pulang dengan hati yang kecewa. MENGAPA? Sebenarnya dia bertujuan untuk mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya, tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w~
No comments:
Post a Comment