Morning glory everyoneeee!~ Hujan ni memey best la..sejuk jer udara di luar. Kurang sikit sedut asap ekzos pagi ni kan.(^_^)
Tengah akak godek-godek email tadi, terjumpa pulak email yang dihantar oleh seorang rakan, gambar ini adalah kesan dari kemusnahan yang dibawa oleh Taufan Sandy bulan lepas. Fuh! memey dashyat kan, habis semua rumah tepi pantai musnah di'sapu Sandy *tu la jangan memain ngan wanita, inilah padahnya*~wahahaha~
Taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat bulan lepas telah menyebabkan ramai orang cedera dan hilang tempat tinggal. Kelajuan angin yang boleh mencapai sehingga 74 (mph) telah memusnahkan sebahagian bandar Maine hingga ke Florida.
Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud;
" Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu,dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi, dan ada yang Kami timbuskan dia dibumi, dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan , (ingatlah) Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
(Surah al-Ankabut:ayat 40)
No comments:
Post a Comment