Bagaimana kita boleh mengenal samada orang itu adalah pejuang @ pemberontak? Apakah terma-terma ini sesuai dengan perlakuan mereka @ anggapan sesetengah masyarakat yang memandang serong tentang perbuatan mereka?
Siapa pejuang Fisabillillah?
Mengikut Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad Al-Tamimi, dalam bukunya bertajuk Aqidah Mukmin 1 telah mentakrifkan erti perjuangan fisabillillah sebagai perjuangan yang benar2 kerana Allah dan semata2 untuk Allah. Ianya satu jihad untuk menegakkan agama Allah dan hukum2 Allah samada yang wajib, sunat, makruh mahupun yang haram.
Perjuangan yang dibangkitkan itu pula tidak boleh dilakukan atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, menghendakkan pangkat dan nama, dan atas dasar untuk menegakkan bangsa.
Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam."
Fahaman kebangsaan adalah fahaman sempit yang akan menyebabkan manusia berbalah dan berpuak-puak.
Siapa pemberontak?
Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, pemberontak ditakrifkan sebagai orang2 yang menderhaka kepada kerajaan @ pemerintah.
Melihatkan gambar2 di atas, adakah layak kanak2 ini digelar pemberontak? Adakah penentangan mereka terhadap kezaliman yang mereka lalui tidak mendapat sebarang pengiktirafan dari dunia hanya kerana mereka bertindak melawan? Adakah kanak2 yang bersenjatakan batu2 dan kayu dan dibaling ke arah askar Yahudi laknatullah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan, lantas kita menggelar mereka pemberontak?
Di Malaysia, media2 utama sering menggunakan terma PEMBERONTAK untuk mengkategorikan kanak2 Palestin dan Syria. Penggunaan terma yang SALAH ini menyebabkan masayarakat dunia salah faham dan memandang serong perjuangan sebenar mereka yang cuba mendapatkan hak dan kebebasan di bumi sendiri. Ketahuilah, mereka yang berjuang bermati-matian untuk mendapat hak dan kebebasan dan semestinya untuk agamanya bukanlah PEMBERONTAK, tetapi pejuang sejati....PEJUANG FISABILILLAH~
Semoga Allah melindungi pejuang-pejuang cilik ini..amin~
No comments:
Post a Comment