KULIM: " Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik.", kata Mohd. Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd. Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya masih muda remaja.
"Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri."
"Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup menggalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri."
"Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun, pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda."
"Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kemahuannya.", katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini. semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd. Fahmi yang juga anak sulung dari empat adik beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak menganggap usia muda menjadi penghalang untuk menjadi isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
"Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua."
"Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial." katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama baik semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fazira itu enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. "Siapa tak sayangkan anak dan sanggup mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usia baru 13 tahun bulan depan."
"Hanya Allah tahu perasaan saya..walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya."
"Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu," katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, 17 November lalu, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1500.
"Saya berharap menantu saya serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik." katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan kebenaran perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
"Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008," katanya.
Sumber: Harian Metro 22/11/2012
utk Na btul tindakkan mak ayah ke2-2 belah pihak..kekadang Na tgk bnyk bdk perempuan lari rumah pastu lahir ank luar nikah pastu buang je baby tu , sbb terlalu fikir jaga maruah..Tapi bila da sampai da lari ikut laki smua..lagi jatuh maruah kan?
ReplyDeleteape pun tahniah buat mereka ni..semoga kekal selama nya..Amin
@Jna:itula..macam kata bapanya tadi, untuk menjaga nama baik keluarga maka kahwinkan je la ye dak hehe.
ReplyDeleteAkak umur 12 tahun dulu sibuk men konda kondi, lompat getah, batu seremban men 'rounders'...memey tak terfikir plak nak kawen masa tu hehehehehehehe (^_^)