Selamat Pagi sumerrrrr..dah solat?tentu dah kan..bagus alhamdulillah. Yang belum lagi tu cepat2 gi solat dulu k. Dingin pagi ni tak seperti hari2 biasa, mungkin hujan tak berhenti2 malam tadi kot kan. Di pagi Ahad yang permai ini elok rasanya akak selitkan entri muhasabah diri. Muhasabah diri bukan dibuat sebelum waktu tidur je tau..bila kita duduk sorang2 tu pun kita boleh bermuhasabah jugak.
Fitrah manusia semestinya mahukan sesuatu yang baik dalam kehidupan mereka, samada dari segi sosial, fizikal, material mahupun spiritual. Kita mahukan diri kita menjadi insan contoh atau bahasa omputih 'role model' *(bukan model catwalk yer heee)*kepada orang lain khususnya kepada keluarga sendiri seperti anak2, adik beradik atau saudara mara. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan insan contoh
(modal insan)? Mari kita kupas dari perspektif Islam.
Menurut al Syaibani(1979) yang dipetik dari bukunya Falsafah Pendidikan Islam menyatakan terdapat banyak ayat al-Quran secara jelas menerangkan ciri insan, sumber, hikmah dan rahsia mengapa insan diciptakan, nasib terakhir mengenai hidup mereka di dunia, nasib mereka di akhirat dan lain2.Firman Allah;
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"
(Surah al-Tin: ayat 4)
Allah menjadikan manusia dari 2 unsur iaitu rohani dan jasmani, dan untuk menjadikan ianya berfungsi manusia turut dibekalkan dengan akal. Namun akal manusia hanya akan berfungsi jika dipandukan dengan ilmu. Maka, amat sesuailah dengan ayat pertama dalam al-Quran yang menyarankan kita berusaha untuk mencari ilmu. Firman Allah;
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhamnu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena, dan tulisan. Ia mengajar apa yang tidak diketahuinya."
(Surah al-Alaq: ayat 1-5)
Dalam Islam, untuk melahirkan insan contoh yang berkualiti asas ketauhidan dan kerohanian merupakan perkara utama dalam kehidupan manusia. Manakala, elemen2 lain seperti sains, politik, teknologi, bahasa etc. hanyalah sebagai cabang kecil. Ini amat sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;
"Dan (ingatlah), Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."
(Surah al-Adzaariyat: ayat 56)
Justeru, unsur kerohanian mengukuhkan ciri2 insan contoh dan manusia mendapat kemuliaan dan kebahagian dunia dan akhirat dengan beribadah kepada Allah s.w.t. Ini adalah kerana fitrah semulajadi manusia yang memerlukan hubungan yang baik dengan Penciptanya, sesama manusia dan alam sekitar.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; diantaranya ialah; Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang sentiasa hatinya terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut dan mengingati Allah dengan keadaan tak ada ingatannya dalam perkara lain, lalu menitis airmatanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."
~Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah~
No comments:
Post a Comment