Wokeh wokeh, tadi kiter dah baca tentang 10 Tempat Shopping Terbaik Dunia kan, tak baca lagi ker? Laaaaa...klik tajuk tu, baca tau!~sambil2 korang santap @ rehat2 tu moh kiter baca plak entri berkaitan dengan oceaaannnnnnnn......laaauutttttttt.~~~~~
Tapi, ocean yang ni lain skit tau..bak kata orang unik la. Ocean ni duduk dalam akuarium...acaner tu?* puas mikior ye yob??* heheheehehe. Ocean duk dalam akuarium dipanggil oceanarium..(macam2 istilah diaorg ni) yang kiter nak citer ni adalah yang terbesar di dunia. Haaaaaa....di mana???Ohhhhhh~ tak jauhhhh..dokek yo! Korang seberang je kat jambatan tu, sampai la ekau sumo kek negaro dio...sapo layi, Singapore laaaa.
Teringat memori dulu waktu pergi Sentosa, Singapore melalui rombongan yang ditaja oleh kementerian pelajaran waktu tu. 1st place kitaorg pegi ialah di Pulau Sentosa. Akak nek basikal ngan kengkawan form 6, mandi manda di laut & nek bas double-decker keliling pulau. Then kitaorg pegi Orchard Road sebelah malam jalan-jalan...tengok skrin gergasi di mana-mana. Juling mata tengok lampu lip-lap huhu.
Ok, we stop right there..kang ader yang buat taik mata depan pc kang hehehe. Nak tahu lebih lanjut? Rolllllll your eyessssss....hikhikhik~
Akuarium terbesar di dunia terletak di Singapore |
S.E.A Akuarium, adalah akuarium yang terbesar di dunia menmpatkan lebih 100,000 hidupan laut dengan lebih 800 spesies di kedalaman air setinggi 45 meter, telah dibuka pada Khamis lepas.
Kini, Akuarium Asia Tenggara (S.E.A Aquarium) ni & Advanture Cove Waterpark adalah merupakan dua tarikan baru yang terdapat di Taman Hidupan Laut di Resort World Sentosa, Singapore.
Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah, ikan pari, jerung kepala tukul dan dolfin Indo-Pasifik 'bottlenose'. Akuarium terbesar ini mengandungi 49 habitat laut yang menyerupai kawasan lautan di Asia Tenggara.
Kat sini juga ada disediakan restoran yang dilengkapi dengan cermin kalis pecah (supaya air tak dapat tembusi kaca), dan dikatakan menghidangkan makanan laut juga.
Tiket masuk ke S.E.A Aquarium: $29 untuk dewasa, $20 untuk kanak-kanak & warga emas. Harga yang sama untuk Adventure Cove Waterpark.Dari sekarang hingga 7 Disember 2012, dibuka setiap hari dari 10a.m - 6p.m. Waktu dibuka akan dipanjangkan, 10a.m - 7p.m dari tarikh 8 Disember dan seterusnya. Tempahan awal adalah digalakkan.
Sumber gambar: CNN
Teringin pi Tokyo
ReplyDelete