Breaking

Thursday, December 06, 2012

Adab Berjimak Menurut Islam


Sabda Rasulullah s.a.w, " Wahai Ali!Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s."

Larangan Ketika Ingin Melakukan Jimak 

  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak. ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan siteri berwuduk.  Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nisfu syaaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang meminta-minta.
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat banyak kebinasaan pada manusia.
  7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang munafiq, pelampau yang melampaui batas.
  8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
  9. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
  10. Jangan berjimak dengan istermu pada awal malam (sebelum Isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia melebihi akhirat.

Cara Berjimak Yang Dituntut

  1. Malam Isnin - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t
  2. Malam Selasa - Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Alah tidak akan azabkan (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
  3. Malam Khamis - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan orang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
  4. Sewaktu matahati di tengah langit - Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorangyang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
  5. Malam Jumaat - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
  6. Hari Jumaat selepas asar - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
  7. Malam Jumaat selepas Isyak yang terakhir - Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan - Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Adab Ketika Berjimak
  • Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara adab-adab bersetubuh , iaitu janganlah mendatangi isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik sahaja kedua-duanya melucutkan pakaian.

Janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu patut lebih-lebih lagi merasa malu. Rasulullah s.a.w di waktu baginda mendatangi isterinya, dia  menutupi kepadanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata "bertenang". Tidak menjadi soal sama ada mereka menghadap kiblat atau tidak.

  • Bercumbu-cumbu
Di antara sunnah Nabi s.a.w ialah sebelum berjimak, dimulakan dengan bercumbu-cumbuan dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w pernah berjenaka dengan isteri-isterinya. 

Sunat dimulakan dengan "Bismillah", kemudian membaca surah al-Ikhlas serta membaca takbir "Allahuakbar" dan tahlil. Kemudian menyebut, 

"Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku."

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas;

Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya ) lalu berdoa : (yang bermaksud)

"Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami."

Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

  • Mengeluarkan mani
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan dalam hati tanpa menggerakkan kedua bibirmu:

"Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain2). Tuhanmu Maha Berkuasa."


Kemudian, dia mengelakkan diri dari menghadap kiblat. Dia tidak menghadap arah kiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati kiblat.

Kemudian, apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncak nikmatnya, kerana inzal atau pancutan air mani isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya.

Sumber : billyinfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.