Tapi, zaman sekarang mungkin kaedah tu dah tak sesuai kot..jadi, sekumpulan penyelidik dari London ni pun mencipta kondom untuk wanita.
Kondom wanita |
Sekumpulan pakar telah mencipta kondom wanita yang boleh mencegah kehamilan dan melindungi mereka dari penyakit kelamin (STD) bawaan seksual, dan mampu larut secara beransur-ansur.
Penyelidik di Unversiti Washington (UW) menghasilkan kondom istimewa ini daripada mikrofiber kecil melalui kaedah yang dipanggil 'electrospinning'. Ia direka dari gentian seperti kain ditenun dan jaringan yang sangat halus yang akan 'hilang' dengan sendiri selepas digunakan sama ada dalam masa beberapa minit atau beberapa hari.
Kondom ini bukan sahaja akan menghalang sperma masuk, malah ia boleh melepaskan campuran kuat ubat anti-HIV dan kontraseptif hormon. (pencegahan kehamilan)
Penolong Professor Biokejuruteraan di UW, Kim Woodrow berkata,"Impian kami adalah untuk mewujudkan produk wanita yang boleh digunakan untuk melindungi diri mereka dari jangkitan HIV dan kehamilan yang tidak diingini.
"Kami mempunyai cara untuk berbuat demikian. Ia benar-benar berkesan dan membolehkan seseorang wanita menggunakannya."
Woodrow turut bekerjasama dengan Emily Krogstad dan Cameron Ball, kedua-duanya adalah pelajar tahun akhir yang terbabit dalam projek berkenaan.
Ball menmbah," Kaedah ini membolehkan pelepasan terkawal beberapa sebatian kandungan. Kami mampu mengubah gentian tersebut untuk tujuan kegunaan lain."
Walaupun penyelidik bersetuju teknologi bahan ini adalah dilindungi, namun mereka mengakui orang ramai mungkin akan meraguinya.
"Pada masa seks, adakah orang akan benar-benar menggunakannya? Disitulah ia mula mempunya beberapa pilihan yang sedang bermain dalam fikiran," kata Krogstad kepada University Washington.
Sumber:dailymail.co.uk
pestime tahu kondom wanita...mana nak beli ..xpenah jumpe...heee=0
ReplyDelete