Haaaaaa, ader ker bloggers kat sini yang dah mahir dengan bahasa isyarat?? Tahu tak bahasa isyarat ini juga sama penting dengan bahasa2 lain yang korang belajar di sekolah tu. Tapi, tahap kepopularan bahasa isyarat ini tidak la sepopular bahasa Korea @ bahasa Inggeris tu kan. Itu pun kerana kurangnya pendekatan atau pendedahan terhadap 'sign language' ni.
Macam korang jugak, akak pun tak tahu sangat pasai bahasa isyarat ni. Tapi, bukanlah alasan untuk kiter tidak belajar, tul dak? Kalu lagu Korea korang boleh layan, takkan bahasa isyarat yang senang ni korang tkleh kuasai kan? So, aper lagi jom kiter terjah!~
Kiter tak perlu belajar yang complicated sangat, cukup yang senang2 dulu. Pastu, kalu nak proceed lebih jauh pun boleh. Syiokkk jugak belajar bahasa isyarat ni! Try la..(^_^)
Tangan kanan '5' membengkok, tapak ke dalam jari dikenakan pada dada kanan lalu direnggangkan ke depan sambil jari digenggam dan ibu jari menghala ke atas.
2. Bangga
Tangan kanan 'A', ibu jari dikenakan pada tengah dada lalu dinaikkan ke atas.
3. Benci
Kedua-dua belah tangan '8' pada paras muka lalu dijentikkan ke depan menjadi '5'.
4. Bimbang
Kedua-dua belah tangan 'W' tapak menghadap telinga lalu buat bulatan mengelilingi telinga kiri dan kanan bergilir-gilir.
5. Bosan
Tangan kanan 'D', hujung telunjuk dikenakan pada tepi kanan hidung, tapak ke depan lalu tangan dipusingkan ke dalam.
6. Busuk Hati
Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, tapak ke dalam hujung jari dikenakan pada dada kanan, kemudian bawa tangan terbuka mengipas hidung.
7. Cemburu
Tangan kanan 'l', hujung jari kenakan pada tepi bibir lalu digerakkan melengkung ke depan dengan hujung jari ke atas.
8. Cinta
Kedua-dua belah tangan terbuka disilangkan ke kiri kanan dada.
9. Gembira
Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak kenakan pada kiri kanan dada, lalu dikibas-kibaskan tapak ke dalam.
10. Geram
Kedua-dua belah tangan 'S', di kiri kanan bahu lalu digerak-gerakkan seperti menggigil.
Best kan? Nak belajar lagi? Klik Sini
seronok lah :) hihi
ReplyDelete@Puteri Afiqah
ReplyDeleteSeronok kan? (^_^)..keep on learning tak rugi belajar hehehe.