Mungkin ramai yang tahu tentang wujudnya masalah ni kan, tapi menganggap ia remeh dan kecil. Akak sendiri pun tidak pasti bila sebenarnya fenomena bahasa sms ini wujud. Tapi, setahu akak di FB memang ramai sahabat2 yang menggunakan bahasa sms ni.
Artikel dari BH |
Tak dinafikan trend budak2 sekarang suka benda yang ringkas2 dan cepat. Semua benda nak tulis cepat, ringkas dan trendy. Kadang2 akak pun tak faham apekejadahnya yang dia cuba nak bagitau. Tergagap2 mulut akak nak baca ayat dia satu2...
contoh:
1. " itter windu ar kat kow"
2. " suker ngat lettew"
Dah lama akak tak jadi segagap ini wahahaha~ susah giler nak baca ayat di atas 1st time dulu, macam baru nak kenal huruf je! Akak once pernah berkata2, "Mala'un mana la yang ajar bahasa ni" wahahaha~ Serius, memang bahasa gini tak boleh dibawa masuk dalam mana2 majlis!(^_^)
Dah lama2 tu baru akak perasan yang bahasa sms ni dah jadi trend di kalangan anak-anak muda sekarang, dan kini dah tak terbendung lagi dah. Sampai nak jawab exam pun digunanya! Mana boleh gitu dik, penat cikgu BM kiter dulu ajar cara eja dan sebutan BM yang betul. Alih-alih korang plak yang 'merosakkan' bahasa yang digunakan lebih 76 juta orang seluruh dunia!
Maka, sebagai orang yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian perlulah kiter memelihara kemurniaan bahasa kiter sendiri. Supaya, lebih ramai lagi orang luar tertarik nak belajar bahasa kiter ni.
P/S: Bak kata arwah P.Ramlee pada Sudin dalam Seniman Bujang Lapok, "Bahasa melambangkan bangsa tau!" Dah, kalu bahasa pun rosak, bangsa kiter pun orang senang nak pijak2, kan?
No comments:
Post a Comment