Yuxin Xiaoli |
Pasti semua maklum bahawa kulit bayi adalah sangat lembut dan halus secara normalnya. Dan pastinya, semua menginginkan kulit selembut bayi, kan? Namun, keadaan ini sangat berbeza bagi seorang bayi perempuan di China.
Yuxin Xiaoli, yang baru berusia setahun, mengalami sindrom langka. Kulitnya kehilangan elastisiti sehingga menampakkan kedut-kedut seperti kulit orang tua. Penyakit Cutis Laxa yang dihidapinya menyebabkan rupanya tidak ubah seperti seorang nenek yang sudah lanjut usia.
Akibat dari penyakit yang dihidapinya, Yuxin kehilangan elastisiti kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi dan organ-organ vital seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus dan paru-paru.
"Dia nampak seperti orang tua, Kali terakhir saya membawanya ke klinik, semua orang merenung ke arahnya seperti melihat makhluk asing. Malah, ada kanak-kanak yang menangis ketakutan," kata Cao Niu. Keluarga pada mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana ingin melindungi anak gadis mereka dari menjadi bahan ejekan orang. Namun, apabila keadaan kesihatan Yuxin semakin teruk dan merosot, mereka terpaksa membawanya ke hospital Zhengzhou, China.
Keluarga semakin yakin bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkahlakunya yang begitu aktif dan cerdas. Dia juga sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain disekelilingnya.
Sumber: unikz.up2det.com
No comments:
Post a Comment