Fuhhhhh! Dah baca paper pagi ni? Lum lagi?? Takper, korang baca entri akak ni dulu k. Cemburu...sifat yang secara fitrahnya ader pada sumer orang, terutama pada suami isteri. Kata banyak orang, "Cemburu tandanya sayang". Tapi dik nonnn...kalu gini ghupernyer cemburu sayang, sampai tangan kaki naik ke badan isteri, yang menjadi pelengkap tulang rusuk kiri kaum suami, ini bukan cemburu sayang yer anak-anak..ini CEMBURU GILER!
Ye la, akak maklum dan faham mungkin si suami 'darah panas' umur pun baru 22 tahun. Akak kawen dulu pun umur 22 tahun jugak..samala ngan somi akak. Jadi, kematangan dalam mula2 nak melayari bahtera tu dulu memey kadang2 agak mencabar. Dalam hal ini, akak tidak mahu menuding jari mengatakan si suami tu salah atau si isteri tu yang menjadi puncanya. Namun, kayu pengukur kebahagiaan sesebuah rumah tangga bukan bergantung semata-mata kepada rasa cemburu pada pasangan.
Yang isteri kene menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak menjadi fitnah yang boleh mencetuskan rasa curiga suaminya. Terutama, bagi wanita berkerjaya..kadang2 bercampur berborak sesama rakan sekerja lelaki, itu juga boleh mengundang fitnah tanpa kiter sedari.. Tambah2, ader pulak mulut longkang kat opis tu yang ternampak 'kemesraan' si isteri dengan rakan sekerja lelaki lain, memey sampai la 'bau busuk' tu pada si suami.
Si suami juga perlulah selidiki dahulu, tanya dulu, pastikan betul2 adakah itu hanya fitnah atau tidak. Jangan main terajang jer isteri mung!*hah, kan dah kuar loghat ganu*. Tu isteri mung bukan bola. Sayangilah pasangan kamu, dan sekiranya ader antara kamu yang membuat salah maka berbincanglah, bercakaplah dan bermuhasabahlah dengan baik.
Nak baca lagi pasai berita di atas??
No comments:
Post a Comment