Yahya dan isterinya, Alisah telah menerima notis dari DBKL agar mengosongkan rumah mereka kerana gagal membayar tunggakan sebanyak RM800-Foto Mstar |
PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah, 65, berkata fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
Sumber: mstar.com.my
Semoga Pak Yahya dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Dan semoga ada insan yang tampil ke hadapan membantu pasangan ini.
Nak baca lebih2?BACA SINI...
P/S: Lepas peniaga, ibu mengandung dan Pak Yahya, sapa lagi DBKL nak 'sentuh' pasni?
kenapalah dunia sekarang..hmm ...
ReplyDelete@pelengkap rusuk kiri
ReplyDeletedunia tak bersalah dik..tapi manusia.