Nampak tak wajah ceria kanak2 riang di atas? Yer, itu menunjukkan mereka HAPPYYYYY. Dan untuk senarai 10 Negara Terhappy Di Dunia, Malaysia tidak termasuk. Namun, melalui suatu kajian yang dijalankan oleh syarikat antarabangsa, Gallup, Malaysia termasuk dalam ranking ke 11. Pengundian dilakukan dan hasil diterjemahkan melalui penilaian terhadap emosi positif di 148 negara dan kawasan.
Malaysia berkongsi kedudukan dengan Kanada, Colombia, Belanda dan Ireland, dengan respon positif sebanyak 80% untuk 5 soalan serius. Manakala, Panama dan Paraguay terikat bersama di kedudukan pertama dengan 85%.
Singapore merupakan negara yang paling tidak happy dengan hanya mengutip 46%, sementara Thailand dan Filipina berada di kedudukan ke-6 dengan 83% dan ke-8 dengan 82% masing-masing.
Gallup, menerusi panggilan telefon dan temubual secara terus, telah menanyakan kepada lebih 1000 orang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas di setiap negara dengan soalan-soalan seperti:
- Adakah anda berasa lebih dihormati semalam?
- Adakah anda dilayan dengan hormat sepanjang hari semalam?
- Adakah anda senyum atau ketawa banyak semalam? Adakah anda berjaya belajar atau melakukan sesuatu yang menarik semalam?
- Adakah anda mengalami sebarang perasaan sepanjang hari semalam?
- Adakah anda gembira menikmati?
Di seluruh dunia, 85% orang dewasa merasakan mereka gembira tersenyum dan ketawa, 73% merasai keterujaan sepanjang hari dan 72% merasakan mereka lebih relaks.
Walaubagaimanapun, hanya 43% yang mengalami atau melakukan sesuatu yang menarik pada hari sebelumnya.-my.news.yahoo.com
No comments:
Post a Comment