Sebelum akak mulakan, jom kiter galak sakan dulu..hahahaha..hahahaha. Terbahak2 akak ketawa biler baca artikel terbaru di Malaysiakini tadi. Nak muntoh pun ader. Adehhhh, baru ingat nak tangkap iPhone awal tahun depan, nampaknyer hanguslah 'capatiku' huhu.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 HANYALAH untuk telefon pintar yang berharga MAKSIMUM RM500.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
- Pelanggan jalur-lebar mudah alih sedia ada atau pakej baru.
- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
cop biru tepi tu hok 'mahal' tuuuu~ |
So, godek punyer godek ade la beberapa brand smartphone yang available di pasaran dengan harga below RM500. Nak tahu?Jom terjah!~
Sony Xperia X10 Mini Pro |
Nokia X3 Touch and Type |
Huawei Ideos S7 |
Nokia C3-02 |
Samsung Galaxy Y S5360 |
Samsung Galaxy mini |
So, korang yang interested dengan mana-mana smartphone di atas boleh mula survey wokeh. Pandai-pandaila buat pilihan.
P/S: Hancussss impianku untuk memiliki gadget impian iPhone 5...ader tak yang jual RM500 punyer?hehehe~
No comments:
Post a Comment