Boleh dikatakan malam ni sesi luahan jiwa kacau..kacau kerana birokrasi. Birokrasi...sangat sinonim dengan agensi kerajaan. Satu perkataan yang sangat dibenci oleh manusia sejagat! Kat maner2 kalu korang pegi mesti ader birokrasi. Birokrasi yang menyusahkan ...dan menjengkelkan!
Ader yang cakap itu bukan birokrasi tetapi peraturan khusus yang perlu dipatuhi oleh kiter untuk berurusan dengan kerajaan atau agensi. Namun, bukan sumer peraturan itu memudahkan urusan kiter..malah kasi hati panassss lagi ader la!
Tak pernah dibuat orang, biler minta pengesahan butir2 peribadi, kene email request plak pada CC (chief clerk). Mazhab maner ko pakai? Nak confirm pun kene pakai email ker? Takleh bgtau kat tepon ker? Bukan ko yang kene siasat samada orang tu wujud atau tak, bukan nak kene spend time sampai setengah jam untuk bercakap di tepon...haisshhhh! Yang senang dah jadik susah..gara-gara birokrasi yang peliks dan jeliks ni!
Tak tahu la plak kalu jabatan lain pun gunapakai peraturan yang sama, kene email bagai baru nak layan..kalu tepon je tak layan. Apekejadahnyer ni?? Macam mana nak orang ramai nk berurusan dengan mudah kalu perkara gini pun perlu birokrasi.
Kalu urusan confirmation butir2 peribadi pun dah kene request guna email bagai, apatah lagi urusan lain..Oh please la! Be easy..not messy!
No comments:
Post a Comment