Breaking

Friday, December 14, 2012

Kesian Abah & Mak....




Seperti hari-hari biasa, balik dari kerja, diri ini duduk sebentar di sofa empuk untuk merehatkan jasad yang penat. Selepas mandi dan solat asar, kemudian incik somi ajak keluar sebentar bersama anak2. Selesai membeli, kami pulang ke rumah dan aku melabuhkan punggungku di sofa itu kembali.

Sambil menonton drama di tv, incik somi pun berkata, "Tak nak telefon mak ker?".
Aku pun menjawab, "Ok..", sambil menunjukkan isyarat mahu meminjam telefonnya.
Ringgg..ringggg...ringggg

Mak: "Hello..."
Aku: "Assalamualaikum mak...wat per tu?"
Mak: "Waalaikumussalam...ni ha, mak baru masuk umah ni. Tadi kat reban ayam..peluh2 ni"
Aku: "Oohhhh, naper peluh2?"
Mak: "Arini panas nim, tak macam semalam ujan lebat. Tapi, kering jugakla baju arini. Kau kat maner tu?"
Aku: "Anim kat umah ni mak, tadi kuar jap bawak anak2 makan KFC."
Mak: "Ohhh..abang kau ader telefon nim..?"
Aku: "Takde pun mak...dia tak telefon mak ker?"
Mak: "Takde punnnnnn....*macam tone merajuk* "Abah kau tanyer gak, dak Emi tak tepon ke Ton? Dah luper kat kiter ker?"

Gulpppppp! Sedih melampau masa ni...hiba, sebak. marah sumer ader dalam hati ni. Kesian mak & abah...

Aku: "Bukan ker dia cakap nak balik kampung?"
Mak: " takde punnn..senyap jer. Mak cakap kat abah kau, biarlahh Langggg...dia dah lupakan kiter" *Ya Allah, berderau jantung ni..mak, janganlah cakap macam tu*
Aku: " Takla mak..akak ader cakap ari tu abang nak balik kampung ujung bulan ni."
Mak: "Oh ye ker...hmmm ok la. Alaaa, abah kau tanya tu...aperpun....anak kan...mestilah dia tanya."
Aku: "Hmmm...nanti dia balik la tu." *cuba memujuk mak*
Mak: "Kau balik esok (Jumaat) ker?"
Aku: "Anim balik Ahad mak...ader Family Day plak lagi ni."
Mak: "Oh ye la..."

Selesai borak, bertanyakan khabar kesihatan mak dan abah, aku meminta diri untuk mengakhiri perbualan itu. Hati ini mula berasa kasihan...kasihan mak dan abah. Rupa-rupanya rindu seorang ayah terhadap anaknya tak pernah pudar walaupun masing2 dah berkeluarga. Abah memang tak pernah menunjukkan rasa kasih sayangnya secara terang-terangan, tapi aku tahu dia sayangkan anak2nya. Rindunya dia sampai tertanya2 kenapa anak tak telefon kat dia. Ni yang buat aku nak mengamuk kat abang aku ni!

Wahai anak2 yang masih mempunyai ibu dan ayah di luar sana, telefon2 la selalu ibu & ayah korang. Tambah2 yang duduk jauh tu, dalam seminggu tu telefon la walau sekali. Diaorg bukan nak duit korang sangat, just nak dengar suara anak2 jer. Nak tahu sihat ke dak, nak dengar suara cucu2. Janganlah buat diaorg tertanya2 kenapa kiter sebagai anak2 jarang nak telefon tanya khabar diaorg.

Ya Allah, peliharalah ibubapaku dengan penuh kasih sayang. Peliharalah jiwa dan hatinya agar tidak terluka..aminn~

 P/S: Tak sabar nak balik kampung minggu ni...tunggu ye abah, mak...anim balik nanti. (T_T)


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.