Fuhhh! semanis title di atas dan itulah tajuk utama entri kiter ari ni ye anak2 hehehe. Perkataan madu amat biasa sangat kiter dengar. Madu lebah salah satunya, kalu diambil akan menyihatkan tubuh badan kiter. Malah Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan kiter menjadikan madu lebah sebagai remedi perubatan, sesuai dengan hadis baginda; Dari Ibnu Abbas r.a, dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu."
( Hadis Sahih Bukhari : #1663)
Tapi dik nonnn, bukan madu makanan yang akak nak kupas arini. Tapi kemanisan madu dalam istilah lain...'BERMADU' @berkongsi suami. Perkataan ni dah semacam TABOO bagi orang pempuan. Memey madu hok ni ramai perempuan yang kata..."I tak rela uuuuuuuu!" Tak rela mende? tak rela dimadu?? Ramai wanita yang berpendapat, bahawa apabila mereka dimadukan, maka hilanglah kebahagiaan rumahtangga bersama suami kerana suami telah menduakan cintanya. Adakah ini 'mind setting' kaum wanita @ sekadar penafian untuk kepentingan diri sendiri? Akak pun tak pasti....
Mungkin ada yang merasa terhina dengan hukum Islam yang satu ni. Namun, kiter sumer perlu tahu ye poligami memiliki ketetapan hukum dalam al-Quran dan sunnah. Jadi, mengapa mesti kiter merasa terhina dengan kalam Allah tentang poligami? Firman Allah yang bermaksud;
"Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Sebenarnya, poligami bukanlah sifatnye memaksa, cer baca betul2 ayat di atas dan fahamkan. The only religious book on earth yang mengeluarkan statement yang sangat adil pada kaum wanita! Jadi, walaupun seseorang wanita itu tidak mahu dimadu, namun janganlah kiter menolak wahyu yang Allah turunkan plak! Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Kami menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka berbuat fasik. Dan sesungguhnya, Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal."
(Surah al-Ankabut: Ayat 34-35)
Dan jika kiter mentaati perintahNya, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mengikuti cara berpoligami yang betul yang ditetapkan oleh syarak, kemanisan berpoligami itu akan melahirkan kebahagiaan yang lebih nikmatnya berbanding dengan hidup tidak berpoligami. Tak percaya?? Nah...baca kat bawah;
Artikel HM |
dya 50-50 lah klu dimadukan..x thu feel cm ne nanti..hihihihi
ReplyDeleteFana baru je tengok pratonton file The Other Woman baru-baru ni. Cerita pasal suami dia curang dan ada dua perempuan simpanan. Last2, diorang tiga orang berkawan baik. :)
ReplyDeleteHmm ... lelaki bab madu suka je .. utk tingkatkan power .... dan bab madu bagi wanita ... walaupun manis tapi ada gak yang telan pahit.
ReplyDelete