Breaking

Friday, December 21, 2012

Mengapa Perut Anda Buncit?


Satu yang akak perasan banyak tentang para lelaki di sekeliling akak, tak kira la kawan  sendiri @ kawan incik somi @ saudara, iaitu mereka kurus...dan sangat kurus! Tapi, biler dah naik pelamin, lepas sebulan honeymoon, perut yang 6 pack dah jadik 1 pack...and very packed!ngeh3x~

Tak tahulah mende aper diaorg sedut yer ahakzzzz, tapi kalu wanita buncit itu sudah bese bebbb. Yang ni untuk ladies yg dah kawen la yer, memey perut akan membuncit tapi itu kerna buatan suami, yer so, yg itu excluded dari bab ni yer anak2~

Kaum lelaki & kaum bapak memey suker ayat ni, "Buncit itu seksi" @ "Buncit itu mewah". I say what?? Dah kalu pakai baju nampak lebihan pusat terjelior kuar, mau tak seksi wahaha~*Ishhhh..tk baik i ni tau!*~Urghhh, dh jangan buang masa jom kiter terjah punca perut memboncit!~


                   


Pakar kesihatan Dr. Selfie C.Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh perut kiter memboncit:

1. Keturunan
  • "Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan," ujar beliau.

2. Penuaan
  • Dengan bertambahnya usia. penghasilan hormon Dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penuruan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

3. Makanan & Minuman
  • Gula & alkohol adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot kendur. Alkohol juga mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, pengambilan alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa yang sama proses menyaring gula akan tertangguh.
  • "Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebgai lemak. Pada masa yang sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan," ujar beliau lagi.
  • Makanan segera juga mempunyai kalori dan lemak yang sangat tinggi. Susu yang berkalori tinggi juga perlu dielakkan, seeloknya minumlah susu berkalori rendah.
  • Pengambilan karbohidrat secara berlebihan dan makanan berasaskan tepung akan menyebabkan ia tersimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
  • Gelembung-gelembung udara dalam minuman bersoda boleh mengakibatkan perut buncit.

4. Tembakau
  • Ia boleh menjejaskan proses penghadaman. Ketika merokok selepas makan, perut akan kembung kerana penghadaman terganggu.*ni biasa la ni orang lelaki buat*

5. Stress
  • Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stress juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang.
  • "Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta serta bernafas secara perlahan dan mendalam," jelas beliau.
  • Dr. Selfie juga mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badan mereka normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stress kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan hormon
  • Terutama ketika menopaus, pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 

Sumber:yahoo.com

So, rajin2la belek perut kiter agar dapat dikawal tahap keboncitan tersebut! Some of us memey tk kisah perut boncit janji hati senang kan, but its better for ur health so sentiasalah amalkan gaya hidup sihat wokeh!~ 



1 comment:

  1. jom join :) hadiah hebat :D

    http://aanayid.blogspot.com/2012/12/huda-syafiqah-s-1st-giveaway_20.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.