Huh! what's that all about with the title?? Is that a fact or what? Well, according to the research apparently conducted by the CIA (Central Intelligence Agency) World Factbook, shows that Malaysians have a lower life expectancy than citizen in conflict zones like the Gaza Strip, Syria, Israel & Libya.
Ok, ok sudah2la speaking omputih tu, berbelit jari runcing akak ni nak menaip dik nonnnn hehehe. So, korang faham bunyi di atas? Wajibla fahammmm...korang sumer banyak yang lulusan U, pasti faham mudah kan. Malaysia telah jatuh 4 anak tangga tahun lepas untuk berada di kedudukan 112 daripada 222 negara, dengan anggaran jangka hayat 74.04 tahun(hmmm, macam carta lagu ERA plak dah)
Menurut kajian itu juga, jangka hayat bagi wanita Malaysia adalah pada anggaran 76.99 tahun , manakala lelaki pula mempunyai jangka hayat sehingga 71.28 tahun.
"Jangka hayat ketika lahir adalah ukuran kualiti hidup secara keseluruhan dalam sesebuah negara dan ia dapat merumuskan index kematian untuk semua peringkat umur.
"Ia juga boleh diterjemahkan sebagai potensi dalam pelaburan membentuk modal insan dan sangat penting untuk mengira tahap variasi pengukuran sebenar.", kata CIA dalam penerbitannya.
Kajian CIA juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-58 dalam perbelanjaan kesihatan, di mana ia amat membimbangkan berbanding dengan negara ASEAN yang lain.(Yeah, thanks to KFC, McD and bla bla bla)
Berada di ranking pertama untuk life expectancy ialah Monaco (83.75 tahun), diikuti Macau (84.43 tahun), dan Jepun di tempat ke-3 dengan jangka hayat (83.91 tahun).
Singapore pula di ranking ke-4 (83.75 tahun), Britain pula di ranking ke-30 (80.17 tahun), Amerika di ranking ke-51 (78.49 tahun), Libya di kedudukan 61 dengan jangka hayat (77.83 tahun), dan Brunei di tempat ke-77 (76.37 tahun).
Source: CIA.gov
No comments:
Post a Comment