Kelmarin, pintu Kaabah di Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasannya anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.
Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad s.a.w lebih 1400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjidil Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.
Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha. Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Saksikan juga dibawah ini klip solat di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh Khalis Ghamdi semalam. Suara sebaknya ketika membaca surah al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan kebesaran Allah s.w.t
Sumber : mynewshub
P/S Semoga aku diberikan kesempatan untuk menjejakkan kakiku ke sana suatu hari nanti...Ya Allah, makbulkan lah doaku ini..aminnn~
No comments:
Post a Comment