Atas nasihat yang diberi oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyanyi veteran Stevie Wonder telah menarik diri dari membuat persembahan di sebuah konsert pengumpulan dana bagi organisasi Friends of the Israel Defence Forces (FIDF) yang bertempat di Long Angeles pada 6 Disember ini.
Ini kerana organisasi tersebut ditubuhkan untuk memberi dana kepada Pasukan Pertahanan Israel serta ahli keluarga askar yang gugur di medan perang.
"Saya tidak bersetuju dan tidak akan menyokong mana-mana jenis peperangan", ujar beliau seperti yang dipetik dari laporan BBC News.
Tambah penyanyi berumur 62 tahun itu lagi, penglibatan beliau dalam konsert tersebut juga bukan satu idea yang baik, memandang beliau memegang jawatan sebagai Pengutus Keamanan PBB.
Sebaliknya, Wonder akan memberi sumbangan yang boleh membantu kanak-kanak kurang upaya di Israel dan Palestin.
"Melihat situasi buruk yang sedang berlaku di Timur Tengah pada masa ini bersama hati yang sering mengharapkan perpaduan dunia, saya memilih untuk tidak melakukan persembahan."
Sumber : yahoo.com
P/S: Sedangkan yang buta juga mampu 'melihat' kebenaran , semoga kiter yang celik ini juga dapat 'melihat' kebenaran itu.
No comments:
Post a Comment