Jackie Chan menurut laporannya, tidak akan memasukkan nama anak luar nikahnya ,Etta, dalam wasiat pembahagian harta miliknya yang bernilai 2.2 billion. Namun, keputusan tersebut tidak sedikit pun membimbangkan bekas kekasih yang juga ibu kepada Etta, Elaine Ng.
Seperti yang dilaporkan di media tempatan, superstar yang berbakat besar ini pernah membongkar rahsia perhubungan sulitnya bersama Elaine Ng dalam satu temubual, dan menyatakan bahawa isterinya, Joan Lin dapat menerimanya dengan baik apabila skandal itu tersebar yang menyaksikan kelahiran Etta pada tahun 1999.
Aktor ini yang tidak pernah menghabiskan masa bersama anak perempuannya selama ini, menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan Etta satu sen pun dan berkata, " Tiada gunanya untuk mengaku bahawa Etta adalah anak saya!"
Ibu Etta yang juga bekas kekasih lama, Elaine Ng, berkata bahawa dia tidak terkesan dengan kenyataan aktor itu, malah memerlinya yang tidak pernah memberi nafkah kepada dia dan anaknya selepas hubungan mereka berakhir.
Apabila ditanya tentang komen Jackie dalam tembual sebuah majalah, Elaine berkata,"Saya tidak baca artikel tersebut, sila jangan cakap mengenainya lagi. Ia telah lama berlalu."
Elaine juga berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan Jackie dan telah biasa membesarkan Etta sendirian selama ini. Ditanya adakah Etta pernah berhasrat untuk bertemu dengan ayahnya, Elaine dan anak perempuannya itu telah mencapai kata sepakat untuk tidak bercakap mengenainya lagi.
Sumber:yahoo.com
P/S: Ini macam pun ada ka?
No comments:
Post a Comment