Mengapa susah bebenor untuk bercakap dengan lelaki? Bukan kerana mereka bisu atau kiter pekak, tapi konsep pemahaman dalam suatu hubungan komunikasi mungkin tidak dapat disampaikan melalui kaedah yang betul.
Oleh itu, untuk memahami pasangan (bagi yg dah berkawen) korang dengan lebih baik dan supaya komunikasi antara lelaki dan perempuan lebih berkesan, dan seterusnya membentuk hubungan yang baik adalah disarankan untuk mengikuti tips-tips yang diberikan oleh Dato' Dr.Haji Mohd. Fadzilah Kamsah. Apakah tipsnya? Jom terjah!~
Tips Bercakap Dengan Lelaki
- Baca doa pelembut hati.
اَللَّّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َÙŠِّÙ†ْ Ù„ِÙŠْ Ù‚َÙ„ْبَÙ‡ُ Ù„َÙŠِّÙ†ْتَ Ù„ِدَاْÙˆُدَ الْØَدِيدْ
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi."
- Cakap 1 perkara pada 1 masa.
- Beri dia peluang untuk bercakap sebab lelaki tak suka memotong cakap orang.
- Elak pamer emosi semasa bercakap.
- Beri dia fakta dan maklumat untuk mudah terima idea.
- Cakap ringkas dan jitu, elak terlalu detail.
- Tundukkan kepala bila bercakap tanda hormat & suara menjadi lebih "base", mirip suara lelaki.
- Sentiasa puji dengan ikhlas sebelum menegur.
- Sokong pendapatnya selagi tidak bertentang dengan hukum.
- Elak jatuhkan maruahnya.
- Elak bandingkan dia dengan lelaki lain.
Dah tahu tipsnya? Jom mulakan (^_^)
Sumber info:fb Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
No comments:
Post a Comment