BAHAGIA..Mohammad Latif dan Salima bersama bayi perempuan mereka, Ulfat. |
REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.
Mohammad Latif Khatan, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.
Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14kg.
Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu. Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. "Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari," katanya.-HM
Morning glory everyoneee!~ indahnya pagi khamis ni kan, best tul baca 1st news arini tentang sebuah kisah cinta terindah sepasang suami isteri yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, namun bisa menempuh kehidupan normal seperti orang lain.
So, jangan khuatir la andai ada kekurangan pada fizikal kiter, tak semestinya ia akan diwarisi oleh anak cucu kiter kan. Yang penting, kiter kene sabar dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dikuatkan hati dan jiwa kiter ni.
Cer tengok pasangan di atas tu, bahagia sungguh mereka kan? Gambar ini memang tiada 'kecacatan' langsung, yang akak nampak hanyalah senyuman kebahagiaan sebuah keluarga. Akak pun senyum sengsorang tengok baby cute diaorg~
Sesungguhnya, nikmat yang Allah kurniakan pada kiter ni (keluarga bahagia, anak2 soleh/solehah, etc.) adalah kurniaan yang baru sedikit jer Allah beri. So, kiter wajib sentiasa bersyukur denganNya. Kalu tengok orang bahagia, kiter pun jadi bahagia sama kan..(^_^)~
Nak baca lebih2 lagi? MAI SINI
No comments:
Post a Comment