Breaking

Thursday, January 10, 2013

1st Snogurt



Macam biasa arini amik anak2 dari nurseri. Selalu aku lalu kat jalan besar Kg Pandan tu pasti terjeling ke arah satu kedai 'eskrem' yang kaler pink/ijau tu. Hajat di hati lama dah nak masuk, but since kedai tu pun baru lagi beroperasi dua tiga bulan lepas, maka kupendam ajer la hajat tu dulu huhu.

Lama kelamaan, tak dapat kutahan lagi rasa gelojak dihati ini, ingin sekali aku merasanya huhu. Jadi, tadi aku pun kenen2 la anak2 aku ajak diaorg pegi Snogurt yang terletak di Desa Pandan. Nak tengok, nak rasa dan kalu best sedap nak beli tuk incik somi plak hehehe.

Masuk kedai..perrghhh!Air-cond hahahah sejuk jer *jakuns time ni*. Sorry la yek, luper plak nak snap pic, rambang mata aku tengok toppings dia yang colorful!hehehehe. Memandangkan ni 1st time aku masuk Snogurt, maka dengan muka tak malunyer aku selamba jer gi kat kaunter order 'eskrem' hahaha. Mujur budak kaunter tu peramah baiks jer layan aku dan anak2 hehe. Selepas budak tu beri penerangan macam mana nak isi snogurt dan topping aper yang aku nak letak, baru aku tahu...Ooooohhhhhhh~

Dengan harga RM0.49/gm, aku boleh pilih perasa snogurt yang aku suka dan letak topping yang aku suker hehe. Budak tadi tu tolong isikan snogurt aku, dia picit skit jer, aku cakap dalam ati, "alaaaa, penuhkanla mangkuk tu dikkk, tak puas la makan skit."  Dan biler snogurt aku dah siap dengan toppings, pegi plak kaunter ke-2 untuk timbang dan bayar. Korang tau berapa hengget aku punyer snogurt??RM10.20 dik non! Now aku paham naper budak tu picit skit jer snogurt tu tadi haha~


Inilah ghuper snogurt aku, sorry yer imej tak berapa molek sebab myPearls dah bedal separuh baru aku teringat nak snap pic hahaha. Ader dua perasa aku pilih, perasa asli dan coklat. Pastu toppings aku letak gummy bear, color rice dan benda bulat2 kuning tu aper ntah budak tu cakap tadi hehehe. Tapi, best jugak rasa dia tau dan puas makan walaupun tak penuh semangkuk.

Sebelum balik kakak kat kaunter tu bagi aku kad cop snogurt ni...



Setiap belian snogurt yang melebihi 200gram akan dapat satu cop kat kotak atas tu. Korang penuhkan kotak kosong tu, tunjukkan kad tu di cawangan desa pandan (tempat lain tak tau ader jugak ke tidak) dan korang akan dapat tambahan free snogurt 200gram nanti. Menarik kan? Dan ia valid sehingga 1 March 2013. Dan godek punyer godek tadi, ghuper2nyer Snogurt ini adalah kepunyaan Raja Farah pelakon tv tu...alhamdulillah (^_^).

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.