Breaking

Monday, January 14, 2013

45 Minit Bersama UAI.

Alhamdulillah tercapai jugak impian Kenit nak pi ceramah UAI. Memang lama dah berhajat nak pi dengar ceramah beliau dari masa Kenit kat Kuantan lagi. Kadang2 biler beliau ader buat ceramah di surau2 berdekatan dengan opis, tapi Kenit tidak berkesempatan untuk pergi sebab keje syif malam. 

Jadi, biler Kenit check kt FB jadual ceramah beliau ader dekat2 dengan area rumah Kenit, aper lagi terus ajak incik somi pi la hehe.

Malam tadi tajuk ceramah beliau ialah Maulidur Rasul. Ternyata, memang ramai sungguh muslimin dan muslimat membanjiri padang AU2 Keramat ini. Kenit dan family siap2 'booking' angle yang sesuai untuk mendengar UAI hehe. Ni je la yang termampu pun, sebab terlampau ramai mengalahkan konsert menyanyi!~



Kami sampai waktu maghrib, solat kat masjid berdekatan kemudian berkumpul di padang AU2 Keramat. Punyerla ramai orang masyaAllah!. Tapi, yang cantiknyer, suasana di sini tak seperti di mana2 pasar malam tau. Penuh dengan aura2 keislaman. Sumer tertutup aurat jer, sopan pemakaiannya. Yang muslimin lengkap dengan jubah dan kopiahnyer. Yang muslimat sopan dengan tudung labuh dan niqabnyer. Hanya dua tiga kerat jer la yang ketegaq skek masih dok tayang rambut mengerbang hehe.


Ceramah start dalam pukul 9.00 malam lepas Isyak. Waktu ni, sumer dah berhimpun di atas padang dengan suratkhabo la, tikar la, kain sejadah la. Duduk beramai2 seolah kami kenal mengenali antara satu sama lain.Lagu asmaul husna (99 nama Allah) juga kedengaran memeriahkan suasana malam tu. *mood: terasa seperti berhimpun di Padang Masyhar* 

Tengah sedap syok2 dengar UAI berceramah, tetiba Mira mintak balik nak kencing....haisshhhhh!~Ni yang buat ibu sentap ni! Tu pasal la kenit letak 45 minit jer kat title tu. Padahal, ceramah tu lama lagi nak habis tau. Soal jawab pun belum selesai lagi haaishhhh!~ Mira bikin ibu 'panas' jer malam tadi.

Terpaksa la kami balik walaupun hatiku 'memberontak' nak stay lama lagi. Aperpun, ader point-point yang dapat Kenit kutip dan Kenit sharekan ngan korang di sini:

1. Sejarah, Raja Kafir Yaman telah memerintahkan tenteranya pergi merobohkan Kaabah yang berada di Mekah bagi menarik orang pergi menyembah berhala di Yaman.

2. Gajah2 Abrahah diketuai oleh seekor gajah yang bernama Mahmud yang bermaksud Yang Terpuji. (Ingat, jangan letak nama haiwan peliharaan dengan nama2 suci seperti nama2 Allah dan nama2 para nabi.)

3. Orang dulu kalu berperang, ketua negara atau 'kepala' tentera akan berasa dibarisan paling hadapan sekali. Sekarang, ketua duk dalam pejabat jer, lepas tu bagi arahan dalam FB.(hehe ni yang buat kami tergelak)

4.  Gajah yang bernama Mahmud tadi, tiba-tiba duduk tunduk bila menghadap Kaabah di depannya. Gajah2 lain turut ikut jejak Mahmud, tidak mahu bangun malah turut duduk tanda hormat.

5. Tentera2 Abrahah kehairanan kerana, pabila gajah2 mereka memusing ke arah Mesir, Laut Merah dan Syira mereka bangun, namun bila kembali menghadap Kaabah gajah2 itu duduk semula. (Gajah pun reti bahaser tak mo robohkan rumah Allah. Tapi, manusia toksah katakan roboh...malah menghalang plak orang berceramah agama. Inilah orang paling zalim.)

6. Haiwan sumer tunduk dan hormat pada Allah s.w.t walaupun mereka tak pegi sekolah, walaupun mereka tidak diberi akal seperti manusia. Tapi, manusia yang sombong dan takbur ini sewenang2nya melakukan kezaliman di rumah Allah. 

7. Allah tidak menghancurkan gajah Abrahah tapi Allah hancurkan tentera2 Abrahah kerana gajah2 tersebut taat pada Allah. (Guaner manusia lagi bodo dari binatang??)

8. Abrahah tu manusia tapi x reti (tidak faham) bahasa hendak roboh
masjid .. Gajah tu binatang tidak ada akal langsung tapi tetap tidak mahu roboh masjid .. Amik lah pengajaran dari cerita Itu. 

9. Orang yang cerdik, bila sekali ditegur atau diberi nasihat sudah pun memberi kesan pada dirinya.. Fikir sejenak kita ni bodo ke cerdik bila ada orang tegur. 

10. Lalu, Allah perintahkan burung Ababil membawa batu2 berapi sebagai hukuman ke atas tentera2 Abrahah. Ramai orang mengatakan batu berapi yang dibawa burung Ababil itu adalah dari neraka. Sebenarnya tidak, batu berapi yang dibawa burung Ababil diambil dari gunung berapi (Batu gunung berapi sangat panas. Biler terjatuh ke dalam laut, seminggu baru padam apinya)
 

Semoga apa yang Kenit sharekan ni kiter sama2 dapat manfaatnyer. InsyaAllah...

P/S: Tunggu yang dekat TTDI plak...semoga dipermudahkanNya.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.