Breaking

Tuesday, January 22, 2013

Anak Seperti Sampah!

Allahurobbi! Panas, sentap, geram, sebak, kasihan...itulah perasaanku tatkala melihat sekujur tubuh kecil yang cukup sifat dan comel namun dikelilingi sampah yang membusuk! Ya Allah, sesungguhnya bayi ini telah dijanjikan syurga olehMu.

Foto: HM
Allahurobbi! bagaimana tergamaknya ibu membuang aku di tempat yang busuk begini? Mengapa ibu tidak membalut tubuh dinginku dengan sehelai kain? Tidak sayangkah ibu padaku sehingga aku dibuang seperti sampah-sampah lain? Astaghfirulahhalazim...Ya Allah, ampunkan dosa2ku Ya Allah.


KUANTAN – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.
“Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.
“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – Bernama
Aku tak mampu menatap gambar di atas lama, waktu menaip ni pun aku hanya memandang keyboard sebab tak sanggup nak tengok lama lagi. Ya Allah....adakah ini kerana angkara syaitan yang menghasut atau manusia semakin hilang pedomannya? Ya Allah, semoga si pelaku ini kembali bertaubat...dan dosanya diampunkan. T___T
P/S: Wajah bayi itu seolah2 dia sedang 'tidur'...semoga kau peroleh damai di syurgaNya~


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.