So, Mira yang masih tak berapa sihat ni balik umah jer mintak susu...baring atas sofa. Wani pulak mula cari idea macam mana nak penatkan badan dia haha. Maklumla, kakak ni memey tak gheti duduk diam..nak kata hyperaktif tak jugak..tapi akal tu 'berjalan' ja~
Disebabkan Mira takda mood nak men ngan Wani arini, maka Wani terpaksa cari idea lain benda apa nak main.
Dia men cikgu-cikgu plak hehe. Sesuai sangat la since bile aku tanya dia dah besau sok nak jadi apa...dia jawab, "Kakak nak jadi cikgu". Lagipun, diaorg tak dibenarkan men game di tab pada hari sekolah. Tengok la tu...habih iron board aku jadik 'meja' cikgu Wani..haiiihhhh~ Yang Mira plak, still ngan 'pasif'nya. Melepet jer atas sofa....
Melepet sambil gentel2 bantal busuk. Kadang2 aku 'tumpang' gentel gak bantal busuk dia tu hahaha. Hey, ianya warisan dari ibu ke anak tau..even sampai sekarang pun aku masih gentel bantal tau hehe. Menggeleng incik somi tengok tabiat aku ni wahahaha~
Tetiba Wani datang kat aku dan tunjuk 'kerja cikgu' dia...
Hehehehe pandai cikgu Wani kira 1 sampai 50, siap lukis gambar aku lagi. Wani memey berahi kalu bab2 melukis ni berbanding menulis. Dia suka termenung pastu mulala jari dia 'berjalan' atas kertas. Tapi yang bestnyer, tiap kali dia melukis pasti dia lukis awan ngan hujan. Awan hujan tu tak tinggal la, kiranya macam 'prop' wajib untuk lukisan dia hehehe. Mentang2 la ibu keje tengok awan dulu, sampai 'terkenan' kat anak plak awan tu heee~
Pukul 6.40pm kartun upin ipin start, Mira yang terbaring melepet tadi terus bangun melompat turun sofa duduk menghadap tv! Hamboiiiiiii terus sihat ekau yo nak!~ Kalu pasai tengok 'boypren' kat tv memey laju jer langkah tu yer grrrrr hehehe~
P/S: Lain budak lain ragamnya...
No comments:
Post a Comment