Zaman la ni nak kumpul dosa cukup mudah kan. Kesian aku nengok makcik ni, Naya ke orang jer....! Tak sure la aku samada ini kes misscommunication ke haper, tapi menurut makcik ni bank tersebut melelong selonggok emas bermutu rendah.
Bermutu rendah macam mana tu yek? 10% emas, 90% tembaga ker? Hurmm...aku pun kurang info pasai benda ni..tahu pakai jer hehehe~
Foto: HM |
Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.
Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.
Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.-HM
Mujur jugak la makcik ni gi check cepat2 kan, kalu tak sampai ke sudah la deme kene tipu.
La ni tembaga pun dah mahal tau! Tu pasal la orang dok berebut curi kabel letrik sampai berani panjat tiang bagai!
P/S: Teringat dulu, buat part-time cari tembaga (bukan curi yer!)..kuar masuk kampung orang asli beli barang letrik rosak. Ghupernyer, ader 'emas' tersembunyi!
No comments:
Post a Comment