Breaking

Friday, May 10, 2013

Indahnya Berselawat.

Assalamualaikum!~


Selamat datang bulan Rejab yang penuh berkat.


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” 
                                                                   (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan, Abu 'Aliyah berkata, "Selawat Allah adalah berupa pujianNya untuk nabi di hadapan para malaikat. Adapun selawat para malaikat adalah do'a (untuk beliau)."

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,

"Jika kamu mendengar muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian berselawatlah untukku. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang berselawat untukku satu kali, Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untukku. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat (darjat) di Syurga. Ia tidak pantas kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap bahwa hamba itu adalah aku. Barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka ia berhak menerima syafa'atku."
                                                                       (HR. Muslim)



Nabi Muhammad s.a.w sangat menyayangi umatnya, sehinggakan di saat baginda kehabisan nafas tetap mulut baginda memanggil "Ummati, Ummati, Ummati". Namun, apakah kita sayang juga kepada Nabi s.a.w? Lalu, apakah tandanya kita sayangkan baginda? Selain menjadikan sunnah baginda sebagai amalan dalam kehidupan seharian, kita juga dituntut agar berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda cinta, tanda sayang, tanda hormat dan tanda kasih kita  kepada baginda.


Kelebihan Berselawat

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:


1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.


3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang   diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan makam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.


19. Rasulullah s.a.w akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.


38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah makam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.-
Sumber

P/S: Sesungguhnya, yang lemah dan kurang itu datang dariku. Dan yang sempurna itu milik Allah jua. Wallahualam~


1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.