Ternyata, taktik pelik ini berjaya mengurangkan kes kecurian kambingnya. Kes-kes kecurian ternakan semakin menjadi-jadi semenjak beberapa tahun lepas dan John Heard yang berusia 48 tahun itu telah kehilangan hampir 200 ekor kambing.
Setelah muak dan mati akal dengan permasalahan tersebut John telah mewarnakan kambingnya menggunakan dye berwarna oren dan sepanjang tahun ini, tiada kecurian berlaku.
Idea pelik ini dibuahkan oleh anaknya, James, kerana berpendapat pencuri akan berasa kekok untuk mencuri kambing yang berwarna pelik*hehehehe pencuri pun leh tertipu!* Menurut John, dye itu tidak memberi kesan negatif kepada kambingnya dan mereka hidup seperti kambing normal yang lain.
Menurutnya lagi, kambing-kambing ini akan lebih mudah untuk dijaga dan senang dilihat apabila dilepaskan di padang ragut. Mereka juga menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar.
John yang memiliki sejumlah 250 ekor kambing biri-biri itu berpuas hati dengan hasil idea pelik itu dan turut mencadangkan kepada rakan-rakannya. -kisahbest.my
P/S: Kambing walaupun didye bulunya, tak menjadi kesalahan sebab dia tak perlu solat. Tapi, manusia kalu dye rambutnya maka tak sah la solatnya. Tambah2, kalu orang yang dye rambut, tak solat plak maka boleh join group kambing ni hehehe~ Peace!
No comments:
Post a Comment