Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut tapi susah hati.
Apa pasai susah hati?? Haaa ni la nak habaq mai! Aper nak jadi ngan aku ni. Tu laaaa, dah orang2 tua dulu cakap dah, kerana mulut badan binasa. Tapi, bukan badan aku binasa...cuma berat badan jer! Haddowww....mengah aku dibuatnyer. Tambah kalu lepas makan pas tu jalan kaki. Mak aiii, jalan pun terkangkang macam preggy 8 bulan! Nak cover jalan straight catwalk macam dulu pun takleh dah hahaha.
Sejak dua menjak ni terasa keberatan skit badan aku ni. Kalu dulu, orang cakap tak cayer berat aku 50kg macam tak padan dengan 'kekedingan' ku, "ko berat apa ni nim...berat tulang ker?" Kalu cakap camtu aku leh terima lagi la. Tapi, yang ni aku rasa dah sama berat ngan tulang dah. Tu laa...kat opis asyik ngunyah jer...! Habih, dah duduk bawah air-cond mau tak lapo nak mentekadarah! nak bagi badan tu warm skit kene la ngunyah hehe.
Dah tu yang aku takleh terima, kain baju kurung sumer tak muat dah! Padahal, ni sumer baju kurung lama aku, boleh pakai lagi aper. Puas aku pelihara kainnya supaya tahan lama, dah sekarang ni ketat plak! Apekeheinyer yongggg?? Menjerut perut rasanya biler nak capai ke paras pinggang! Macam ikat perut guna tali rafia tau! Heh...anim...ko dah gumuks ka??Hurmmm...dulu orang nak kurus, ko nak gumuk. Sekarang biler dah terasa diri tu gumuk, ko buat muker dugong mintak simpati plak!
Terfikir jugak, dekat2 nak masuk 30an ni adakah tahap metabolisme aku semakin kurang aktif? Haddoowww! tolonglah cik metabolisme jangan pergi dariku. Aku masih memerlukan kamu...huhuhuhuhuhu*lagu sedih* Kalu dulu, aku gelak ke incik somi badan dia dah mengembang...sekarang sumpahan dah memakan diri...haihhhhh~
No comments:
Post a Comment