Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.
2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.
5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.
INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani
Pada aku la..:
Melalui pemerhatian aku di dalam video tersebut, ader juga kelompok student yang seronok 'puk amai-amai belalang kupu' menyokong setiap 'statement' merapu dari Cik Puan, padahal satu apa pun korang tak faham kan.
Tak kurang juga yang buat muka 'ketat' dan ada yang tidak tepuk tangan tanda tidak bersetuju dengan Cik Puan barangkali?? Untuk student yang macam ni, i salute you kerana anda telah berjaya melayakkan diri anda dengan title sebagai MAHASISWA bukan MACAISISWA.
Kebanyakan mereka yang tepuk tangan masa Cik Puan 'balun' Cik Bawani tu adalah dari kalangan student berbangsa Melayu Islam...alahai...T_T
P/S: Ader lagi tak forum dengan SW1M pasni?
No comments:
Post a Comment