Seorang penulis kaligrafi dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.
Kitab suci itu dengan muka surat berukuran 2.28meter panjang dan 1.55meter lebar telah disahkan sebagai terbesar di dunia oleh kementerian haji dan hal ehwal agama Afghanistan, mengikut pusat budaya Kabul yang menempatkannya.
Al-Quran Afghan itu mempunyai berat 500kg dan sejumlah 218 mukasurat yang diperbuat daripada kain dan kertas, terikat di dalam penutup kulit timbul yang dibuat daripada 21 ekor kulit kambing, dengan kos berjumlah RM1.5 juta.
Sumber:www.zurmat.com
No comments:
Post a Comment