Jemput masuk..jemput masuk...tuan rumah ader malam ni hehe. Fuh! tercapai jugak hasrat aku nak tukar 'kulit'. Sudah tiba masanya aku berbuat sesuatu dengan blog kesayangan aku ni.Seharian aku menghadap benda ni, bukan nak bagi cantikkan tapi nak kemaskan lagi.
|
Header lama |
Biasa la adat manusia, ader yang puji ada gak yang mengutukji hehe. Aku pernah terima soalan, "Naper pink sangat?". Haaaaa, ni dah takda pinky pinky dah dik nonnn...aku pakai tema black and white je la. Rasanya, ia lebih sesuai ngan diriku dan umurku yang semakin meningkat tapi berjiwa muda wahahaha~
Bila dibelek2 kembali 'kulit' blog aku yang lama tu, agak tidak sesuai la plak kan..walaupun pink tu nampak sedap mata memandang. Maka, seiring dengan usiaku dan juga kerana aku sudah bergelar ibu kepada 2 orang anak, adalah lebih baik blog aku ni bertemakan 'kedewasaan', sesuai sangat la kan huhu.
|
Header baruku |
Aku suka yang ringkas dan kemas sebenarnya, tapi disebabkan aku masih baru 4 bulan berblogging, memey rambangla mata aku ni nak cuba macam2 tutorial hehe. Kadang2 aku rasa blog lama aku tu macam blog budak umur 16 tahun jer hehe.
Aperpun, aku harap korang suker 'kulit' baru aku ni. Kalau masih tak puas hati atau ader perkara yang korang rasa aku kene tambah @ buang, sudi2lah beri komen korang nanti yek.
No comments:
Post a Comment