Suatu masa dulu, aku punya cita2 yang sama dengan abah..nak tengok aku masuk universiti. Tapi, hajat tak kesampaian hanya sempat Form 6 jer. Tapi, aku pernah berkunjung ke Singapore masa Form 6 dulu di bawah anjuran Kementerian Pelajaran bersama dengan rakan sekolah dari negara ASEAN. Dan sememangnya lah, di Singapore banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.
Antara yang menjadi perhatian kami semasa bergelar pelajar dulu ialah, NUS atau Universiti Kebangsaan Singapore yang menjadi kebanggaan seluruh rakyatnya. Malah, kami pernah diberitahu bahawa NUS merupakan universiti terbaik di rantau ASEAN dan sesiapa yang dapat belajar kat sana memang la sangat beruntung. Taraf NUS dikatakan setanding dengan Cambridge University...tu citer dulu la....
Namun, disebalik namanya yang 'gah' tu terselit jugak sisi gelap yang mula dirungkai sejak dua menjak ni. Tiga bulan lepas isu video seks 2 pelajarnya yang tersebar di Youtube,yang terbaru video onani plak...dok tunjuk anu pastu siap ukur ngan pembaris lagik!Haiyaaaaa....
BACA SINI untuk tahu lebih lanjut...
Kadang2 tak faham aku ngan manusia ni, makin cerdik otak makin punah akhlak. Makin geliga idea, makin sesat jadiknya. Sayang seribu kali sayang kan, mereka diberi peluang untuk tonjolkan kepandaian..tapi, benda lain plak yang ditonjolnya...punah..punah~
Sebab tu, diri ini tidak lagi kemaruk dengan hajat nak masuk universiti..dan bukannya aku nak letak kesalahan pada sumer intstitusi pendidikan tinggi terutama di negara sendiri. Cuma aku bersyukur walaupun aku tak sepandai mana, walaupun aku tak masuk universiti aku masih boleh belajar melalui pengalamanku.
Setiap asas pendidikan perlu diselitkan dengan asas agama barulah ilmu yang diperolehi setanding dengan akhlak yang terpuji, tak gitu?
No comments:
Post a Comment