SEOUL - Ribuan pengunjung termasuk wanita berkumpul pada musim sejuk untuk memancing di sebatang sungai beku di Hwacheon, dalam daerah Gangwon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan.
Festival Ais Hwacheon Sancheoneo dibuka pada setiap bulan Januari (musim sejuk) kepada para pengunjung untuk melakukan pelbagai acara menarik yang disediakan, antaranya ialah memancing dalam ais.
Para pengunjung menebuk lubang pada permukaan sungai yang beku untuk memasukkan joran mereka. Mereka juga boleh menangkap ikan dengan hanya menggunakan tangan sekiranya berani. Lebih menarik lagi, mereka boleh terus memanggang atau membakar ikan tersebut untuk dimakan bersama keluarga.
Di sana juga terdapat pertunjukan ukiran ais yang mengambil masa 20 minggu untuk disiapkan! Aktiviti lain yang menarik termasuk, ice skating dan bola sepak ais. Ia merupakan antara acara yang diadakan sempena sambutan festival ais. - Agensi
waa..seronoknya. Saya dah pernah tengok memancing dalam ais ni, tapi dalam cerita lah..family outing. Sangat menarik. unik..hehe.
ReplyDelete