Bila Balik Kampung
Thursday, February 28, 2013
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Something in my head
Wednesday, February 27, 2013
Aku Sokong Orang Melayu Tapi....
Assalamualaikum!~
Bila gigi kau dalam kesakitan yang takleh diterima akal dan jiwa dan kau memerlukan rawatan...mana kau pergi? Opkos kau gi klinik gigi kan.
Now...bila kau dah sampai klinik dan kau diberitahu DOKTOR BELUM MASUK LAGI MUNGKIN LAMBAT MASUK...kau 'panas' tak??? Kau 'meroyan' kan??
Apasal orang MELAYU suka meniaga main2 ha??!! Kau taknak meniaga naper kau buka klinik??Orang buka klinik pagi doktor mestila ada waktu pagi..ni kau masuk tengahari..camner kau meniaga? Dah tu punyer kuang ajo punyer asisstant cakap belakang pintu jer bukan nak hadap kami betul2!!
Aper kau beromen ke dalam bilik tu???!Macam ni ka aku nak support MELAYU meniaga? Aku support MELAYU meniaga...tapi aku support MELAYU YANG RAJIN & BERSOPAN SANTUN. Hat yang MELAYU MALAS & KUANG AJO tu...takkan aku jejak kaki lagi ke tempat kau.
Thursday, February 21, 2013
Nuffnangers
Thursday, February 21, 2013
Mata Keranjang....!
Assalamualaikum sumer!~
Hamboiiii hamboiiii pagi-pagi dah bikin aku 'fanasssss'. Bukan 'fanasss' sebab takda angin, tapi 'fanass' hati! Ini yang buat aku nak membebel macam ustazah ni hehehe. Tak sangka dalam dunia blog pun masih ada yang punya 'mata keranjang'!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Sapa yang suker sangat tengok gambar bogel ni ha?? Tak takut ke biji mata tu nanti aku korek ngan playar hehehe. Jangan nak macam-macam kat sini. Aku blogger yang penuh tulus ikhlas. Setiap entri aku adalah mengenai apa sahaja KECUALI yang bogel membogel ni! Apatah lagi gambar bogel cikgu!
Jadi anak-anak sekalian, jangan buat nakal macam ni lagi k. Duduk diam-diam baik-baik kat depan pc dan tengok apa yang HALAL sahaja. Jangan nak menggatalkan diri dengan tengok benda yang boleh 'merosakkan' pahala korang.
Sekian...tulus ikhlas dari ustazah Hanim (^_^)
Video
Thursday, February 21, 2013
Animal Lovers Should See This! (VIDEO)
Assalamualaikum sumer!~
NOT ONLY animal lovers, but ALL OF YOU should see and change today!
Sedangkan sesama manusia sudah lali menyakiti satu sama lain, apatah lagi pada binatang & alam sekitar. Bolehkah kita dikatakan bijak & maju?
Wednesday, February 20, 2013
Cerita My Pearls
Wednesday, February 20, 2013
Makanlah Anak....
Assalamualaikum sumer!~
beria nau makannyer! |
Ekstrim
Wednesday, February 20, 2013
Angkara Siapa?
Anything and Everything
Wednesday, February 20, 2013
April Pulak....!
CUEPACS
Wednesday, February 20, 2013
Kakitangan Kerajaan Terima Kenaikan Gaji & Elaun Perumahan?
Assalamualaikum sumer!~
Betoi ka??? Hamboiii suker bebenor orang keje jaan (ikut slang Mira) kalu sebut pasai naik gaji ye hehehe. Memang aku berpendapat orang keje jaan ni terlampau 'dimanjakan' sangat terutama dalam hal membabitkan gaji & elaun. Tapi, dah orang bagi...korang hambik la kan!hahahaha. Bak kata orang-orang tua, rezeki halal jangan ditolak musuh keparat jangan dicari!heeeee~
Petua
Wednesday, February 20, 2013
Kempiskan Perut Buncit Anda!
Assalamualaikum sumer!~
Perubahan fizikal badan mampu mempengaruhi cara pembawaan diri seseorang di khalayak ramai. Jika dahulu perut buncit selalu dikaitkan dengan perasaan malu dan tiada keyakinan diri. Namun, kini masyarakat semakin boleh menerima fenomena perut buncit terutama pada kaum lelaki. Lihat saja artis/pelakon sekarang yang tidak lagi hanya bergantung pada paras rupa yang hensem dan badan berketak-ketak, seperti Zalif & Angah Raja Lawak. Mereka telah memecahkan taboo yang menganggap bahawa hanya yang kacak dan sasa saja boleh jadi artis.
Dari pemerhatian aku, kebanyakan kita akan mengalami perubahan fizikal yang ketara terutama selepas mendirikan rumah tangga. Bagi kaum wanita, ini merupakan perkara biasa (buatan suami), namun bagi kaum lelaki ini kadang-kadang boleh menjadi dilema!heeeee~
Perut yang buncit boleh mendatangkan masalah di kemudian hari, maka jika anda hendak mengempiskan perut anda yang buncit, bolehlah mencuba beberapa tips di bawah;
1. Minum Air Masak Yang Banyak. (yang ni memang aku tak 'miss' minum)
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan. (kadang-kadang yang ni aku men telan je!haihhh..tu yg buncit tu!)
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan. (eh, aku kan masterchef...bab sukat garam ni memey terer ar hehe)
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat. (Pisang tu je la yang aku leh telan pun..)
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat. (ye arr..makan pil perancang pun boleh menyebabkan perut buncit tau)
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit. (ooohhhh...yek? baru ku tauuuuuu)
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan. (bab ni aku kemalasan banyak hahaha)
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Perkara yang perlu dicegah untuk elak perut buncit
1. Lepas makan jangan terus tido! -Haaaa yang ni memang kegemaran kakak aku hahaha. Tabiat begini boleh menyebabkan kebuncitan melampau! Syok arrr pas makan korang 'landing' baik punyer macam dugong kekenyangan. Jangan buat cam ni ye anak-anak...kalu nak tido atau baring tunggulah 2/3 jam selepas makan., sebab kita kene beri laluan perut untuk menghadam makanan yang kita makan tadi.
2. Jangan terus mandi lepas makan! - Yang ni pun korang biasa buat kan?hahaha jangan tipuuuuu. Kadang-kadang aku pun terbabas gak hehehe. Maklumla nak kejor masa..sumer benda nak siap cepat. Tak cayer? "Ehh ...ye ke dok ni?"...Korang cer try sebulan tengok..! Tapi, sebelum tu ukur dulu saiz perut korang sekarang yek. Kalu korang istiqomah buat tabiat gini, nescaya korang dapat penyakit perut buncit kekal hehehehe~
3. Jangan makan bersulam air!-hohoho yang ni pun aku tewas kengkadang. Sebelum kawen dulu memang aku suker wat gini. Tapi, sejak dah kawen ni incik somi ajar "jangan makan sambil minum ayaq..tengok cam abg ni pas makan baru minum", yoooo lahhhhhhh. Slow-slow aku try tahan...tapi, kengkadang aku punyer lidah ni tak tahan pedas!hahaha aku sebat jugak ayaq minum huhu. Dan, hasilnya....buncit perutku kannnnn?wahahaha~
4. Amalkan makan makanan berebus!- haaa yang ni satu lagi menu yang aku tak berapa nak suka. Rebus merebus ni sangatla jarang dijadikan menu masakan dalam keluarga aku. Abah suka asam pedas, mak suka kari & masak lemak cili api...aku??Aku suka dua-dua hehehe. Kalu jumpa makanan jenis rebus ni pun, masa aku berpantang je la. Hari-hari makan ikan haruan yang direbus dengan halia....fuh! sodappppppp~
5. Jangan makan selepas pukul 7 malam!- sapa boleh buat camni? Kalu korang boleh buat aku memang bagi tabik springgggg king koil la!hehehe...susah woooo nak tahan lapo terutama tengah-tengah malam buta! Nak nak kalu ada maggi kat dapur tu, lagi takleh tahan nafsu hehehe. Time-time malam ni la kalu pi mengeteh ngan member makan roti canai ngan teh tarik lak tu...hahaha...memang menempah 'maut' la. Cukup sebulan korang amalkan begini, alamatnya, perut korang tak dapat diselamatkan lagi!wahahaha~
6. Jangan lupa bersenam!- kalu aku bagi alasan takda masa pun, bunyi cam pembohong sangat kan! wahaha. Tapi, kita kene akui bersenam merupakan langkah yang baik bukan saja untuk elak perut buncit, tapi juga untuk meningkatkan stamina. Kalu kurus keding tapi takda stamina pun tak guna gak! Dan, tak semestinya kita kena peruntuk waktu khusus untuk bersenam, pergi kedai berjalan kaki tu pun dah kira senam...nak ngan tak nak buat je.
Itu jelah aku nak kongsi sedikit sebanyak tips & info. Badan yang kurus tidak menjamin kesihatan tapi kalu perut buncit juga tidak elok untuk kesihatan ye dop? Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
(Riwayat ad-Dailami)
Maka, hendaklah kita jaga perut kita supaya tidak timbul pula penyakit lain di kemudian hari. Jangan sedap melantak aje!hehehe ~Peace!~
Anything and Everything
Wednesday, February 20, 2013
Seminggu Bertunang Sudah Putus?
Tuesday, February 19, 2013
Product Review
Tuesday, February 19, 2013
Bakul Serbaguna.
Assalamualaikum sumer!~
Akhirnya bakul yang aku tempah dah pun sampai. Macam-macam design cute akak ni tunjukkan, rasa cam nak rembat habis sumer! hehehehe mujur dompet aku tak berapa nak 'warassssss'....! Aku beli bakul ni sebab nak letak toys anak-anak dara aku tu...pening kepala tiap kali diaorg main mesti bersepah macam tongkang pecah! Kalu men patung Barbie tu...boleh tahan 2 jam je pastu konpem kene 'kerat 14' ngan diaorg. Habis berterabur tangan, kaki, kepala, badan, ditanggalnya baju, dikoyaknyer skirt.... yang tinggal....??
Aku pun dah lama tercari-cari solution camner nak kumpulkan toys diaorg kat satu tempat yang senang diaorg amik & simpan balik lepas main. Kalu guna kotak alamatnya tak lama la nyawa kotak tu...habis dikoyak-koyaknya buat main..! Apekejadahnye anak-anak aku ni....sumer benda nak dikoyaknya wahahaha ganazzzzzzzz.....!
Dan bakul ini bakal menjadi 'penyelamat' aku hehehe...
ada 2 jenis design - polka dot love & flower |
Wanita
Tuesday, February 19, 2013
Amah Lambung Bayi Akhirnya Ke Penjara.
Assalamualaikum sumer!~
Kes amah warga Indonesia yang melambung bayi yang kini sedang ditahan reman telah pun dijatuhi hukuman. Baru sebentar tadi, aku dapat info dari blog Mazidul Akmal Sidik berhubung kes tersebut.
Amah warga Indonesia terbabit telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi dan dia telah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan. Dia didapati bersalah mengikut Akta Kanak Kanak 2001 & Kanun Keseksaan, membawa kepada hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama. Sementara, bagi pertuduhan kedua dia dipenjarakan selama 5 tahun. Ini bermakna, dia akan dipenjarakan selama 20 tahun!
sumber |
Informasi Dan Tips
Tuesday, February 19, 2013
Ketahui BMI Anda.
Assalamualaikum!~
Dulu aku punya masalah....masalah BMI yang terlampau rendah. Maklumla, masa tu aku keding..!hehehe.
Dengan berat aku yang hanya 45kg dan ketinggian 170cm....mana tak keding??! Macam-macam yang aku dah buat untuk naikkan berat badan aku supaya BMI aku kembali ke paras normal.
Pastu doktor suruh naikkan berat badan...suruh makan...suruh minum susu...suruh itu suruh ini! Tapi aku tetap keding. Sampaila aku dah kawen dan beranak dua..pelan-pelan (perlahan-lahan) berat aku naik wahahahaha! Sukkewwwwww sangat wahahaha.
Orang lain bagai nak rak makan ubat kurus nak bagi kurus, yang aku bantai makan tak hengat donia! wehehehehe....bahagia bahagia!
Dengan berat aku yang hanya 45kg dan ketinggian 170cm....mana tak keding??! Macam-macam yang aku dah buat untuk naikkan berat badan aku supaya BMI aku kembali ke paras normal.
Pastu doktor suruh naikkan berat badan...suruh makan...suruh minum susu...suruh itu suruh ini! Tapi aku tetap keding. Sampaila aku dah kawen dan beranak dua..pelan-pelan (perlahan-lahan) berat aku naik wahahahaha! Sukkewwwwww sangat wahahaha.
Orang lain bagai nak rak makan ubat kurus nak bagi kurus, yang aku bantai makan tak hengat donia! wehehehehe....bahagia bahagia!
Carta BMI -korang boleh check paras BMI yang normal mengikut ketinggian dan berat badan korang. |
Sebarkan!
Tuesday, February 19, 2013
Mohon Tolong Sebarkan!
Assalamualaikum sumer!~
Masih ingat pada Tupac Shakur yang popular dengan lagu Gangster Paradise suatu ketika dahulu? Kalu korang peminat lagu-lagu rapper awal & pertengahan 90-an pasti korang ingat lagu ni. Tapi, Tupac Shakur telah mati ditembak dalam satu pergaduhan. Namun, yang aku nak kongsi di sini bukanlah Tupac Shakur tapi salah seorang ahlinya, Napoleon, ex-rapper dan salah seorang krew Tupac Shakur yang kini telah pun memeluk Islam dan bergelar muslim! Alhamdulillah...Allahuakbar!
Beliau telah bergelut dengan dadah..dan apa sahaja yang korang fikirkan DAN beliau akan berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman hidupnya sebagai anak seni.
Something in my head
Tuesday, February 19, 2013
Memori Kanak-Kanak Riang - Yang Mana Aku?
Assalamualaikum sumer!~
Happy giler waktu ni....! Aku darjah 3 masa ni...muker punyer la cute melampau! hahahaha. Terkenang aku zaman kanak-kanak riang. Masa ni sumernyer indah. Belajar pun tak tension...pasai masa ni kami belajar main-main hehehe. Gambar ni aku dapat dari fb seorang sahabat..mujur dia ada simpan lagi huhu.
Monday, February 18, 2013
Anything and Everything
Monday, February 18, 2013
Berita Terkini: Surau Aman Perdana Ditembak.
Assalamualaikum sumer!~
Aku terbaca satu post di FB mengenai insiden surau ditembak di Klang. Surau Aman Perdana telah 'dicemari' dengan tembakan peluru hidup. Astaghfirullahalazim.....
sumber: fb syahirul.com |
Dikhabarkan, tiada siapa yang tercedera dalam insiden ini. Adakah mereka sudah hilang pertimbangan sehingga tergamak 'mencemari' rumah Allah sebegini? Adakah situasi ini akan menjadi sama seperti yang menimpa di selatan Thailand? Ya Allah...lindungilah kami dari kekejaman dan kemudaratan.
Lelaki
Monday, February 18, 2013
Bra For.......?
Assalamualaikum sumer!~
Ini bukan entri lucah atau yang sewaktu dengannya. Tapi, something peliks yang uolls should take it seriously and avoid this kind of.....craziness i should say!! Menatang aaaaaapa ini??!! Bra for Men...?? Yerp, korang (kaum lelaki) sanggup pakai menatang ni?? Aku tengok pun kening aku dah senget sebelah...! Cam tak cayo jo menda ni ado.
Bra for Men - Only in Japan |
Lelaki
Monday, February 18, 2013
Malang Bagi Psy.
Assalamualaikum sumer!~
Dia merupakan artis sensasi K-POP yang berjaya memikat hati anak remaja dengan hanya menari seperti kuda
sumber: BH |
Wanita
Monday, February 18, 2013
Nur Islam Buat Lauren Booth.
Assalamualaikum sumer!~
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
(Surah Al-An'aam: ayat 125)
Mungkin ramai yang sudah maklum berita tentang pemelukan Islam beliau pada tahun 2010 selepas melalui 'pengalaman suci' di Iran.
Lauren Booth |
Sunday, February 17, 2013
Teknologi
Sunday, February 17, 2013
10 Rekabentuk Kereta Paling Buruk.
Assalamualaikum sumer!~
Pemilihan sesebuah kereta bukan saja berdasarkan harga dan performance semata-mata, malah rekabentuk sesuatu model kereta itu juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pembeli. Baru-baru ini, majalah Forbes telah mengeluarkan senarai rekabentuk kereta paling buruk tahun ini. Kalu korang nak tahu, jenama kereta yang tersenarai terdiri daripada high-brand yang menjadi idaman kebanyakan rakyat Malaysia. Mahal giler kereta-kereta ni tapi, Forbes berani kata design kereta mereka buruk! Jom kiter terjah satu persatu....
1. Toyota Prius
Model Prius untuk keluarga besar. Model hibrid ini mempunyai rekabentuknya seperti kotak amat tidak menarik dipandang. |
Ekstrim
Sunday, February 17, 2013
Apa Korang Rasa....??
Assalamualaikum sumer!~
Alhamdulillah aku dan family selamat sampai rumah. Alhamdulillah jugak sepanjang perjalanan tiada kesesakan teruk di sepanjang Hiway Plus Ayer Keroh-Kuala Lumpur. Walaupun perjalanan hanya makan masa 2 jam tapi aku takleh amik risiko nak balik lepas maghrib...kang ada yang kebas punggung duk lelama dalam kete!
Sampai umah, letak beg, duduk-duduk rehat dan tengok tv. Melopong aku tengok 'gazet' berita pasal berita bayi didera! GILER!!!! Bayi dihempasnye???!!!......GILER!!!
Friday, February 15, 2013
Product Review
Friday, February 15, 2013
Jacket Cardigan Dah Sampai Weeee!~
Assalamualaikum sumer!~
Sejak dua menjak ni aku suke benor pakai cardigan. Kalu pi Uptown mesti nak tengok cardigan hehe. Tapi, nak pi tengok selalu..nak belek satu persatu..tu bukan aku la. Mana yang berkenan dengan 'taste' dan dompet aku, itulah yang aku rembat dulu.
Sama lah jugak kesnya dengan jaket cardigan yang baruuuuuu je sampai. Aku beli online dari seorang blogger yang aku dah lama dah jadi silent reader dia ehek ehek ehek. Beliau seorang blogger dan juga usahawanita yang menjual baju-baju yang cun melecun! (maafkan saya kalu tersilap ye kak) Baru-baru ni, aku ada beli sehelai jaket cardigan dari beliau....very the gojes!~
dah sampaiiii weeeee :D |
BRIM
Friday, February 15, 2013
Show & Tell : BR1M 2.0
Islam Point Of View
Friday, February 15, 2013
Tanda Terkena Santau & Cara Mengelakkannya.
Assalamualaikum sumer!~
Di akhir zaman ni, lagi ramai orang menggunakan ilmu sihir @ ilmu santau untuk membuat aniaya terhadap orang lain. Walaupun sumer serba serbi canggih tapi budaya santau tetap tebal 'melekat' dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Apa puncanya??cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang inilah yang mencetuskan fenomena santau.
Thursday, February 14, 2013
Ekstrim
Thursday, February 14, 2013
Let's Improvise!~
Assalamualaikum sumer!~
Dulu-dulu kalu kiter gi post office ker, JPJ ker, JPN ker mesti kene beratur panjang kan? Masa dulu mana ada sistem nombor giliran ni lagi. So, ramai-ramai la pakat beratur berjam-jam sampai lenguh lutut! Sekarang ni pun ada gak tempat-tempat tertentu yang belum menggunakan sistem nombor giliran tu lagi kan? Terutama di kawasan pedalaman yang penduduknya ramai.
Lelaki
Thursday, February 14, 2013
Guns 'N' Roses Bakal Beraksi Di SIC.
Assalamualaikum sumer!~
Pada otai-otai yang membesar bersama lagu-lagu Guns 'N' Roses, pasti korang hafal ngan lagu-lagu fofular diaorg suatu ketika dahulu. Pasaipa aku kasi besaq 'suatu masa dahulu'? Pasai suatu ketika dahulu kumpulan rock ni sangat digilai peminatnya seantero dunia! La (sekarang) ni...? Fofular lagiii...tapi fofular tang lagu-lagu dia je la. Tang kumpulannya dah tak berapa nak fofular. Orang ingat Guns 'N' Roses pun pasai lagu-lagu lama dia yang best tu.
Teknologi
Thursday, February 14, 2013
HTC Butterfly - World's First Full-HD Smartphone.
Wanita
Thursday, February 14, 2013
Wanita Paling Unik Dikebumikan.
Assalamualaikum sumer!~
Apakah definisi CANTIK bagi korang?
Apakah definisi HODOH pula?
Title sebenar ialah 'Wanita Paling Hodoh Di Dunia Dikebumikan', tapi untuk blog aku ni aku gunakan title yang lebih bersopan dan berhemah, because u know why. U don't know why?? Because, no one deserved to be called HIDEOUS by any means!U don't judge them until you read the true story. Takper, kiter baca dulu berita di bawah...k
Julia Pastrana |
Something in my head
Thursday, February 14, 2013
Aku Salah Dengar Kah??.....Valentino??
Assalamualaikum sumer!~
Pagi ni jalan masih 'clean & clear' lagi, punyer la syok racing kat Federal tu! Kona baring lagiiiii....mujur bukan aku yang terbaring huhu. Sebab my Pearls takda minggu ni bersama aku, maka pagi tadi aku tukar channel sat pi kat ERA fm. Ingat nak dengar la berita trafik keeee berita jam 7 keeee....sekali masa iklan.....,
"Selamat hari Valentino Rossi...."
Jap jap...aku salah dengar ka?? Aku tak pasti...boleh jadi aku salah dengar ni! Ahhh..ignore je la. And bila time JOHARA on-air balik aku dengar plak segmen TEKA BUNYI...dan sekali lagi...aku dengar DJ tu cakap,
"Selamat hari Valentino Rossi..."
Wednesday, February 13, 2013
Menang Kontes
Wednesday, February 13, 2013
Hadiah Dari TuppyThingy Dah Sampai!~
Lelaki
Wednesday, February 13, 2013
Pope Benedict XVI Pecah Tradisi 600 Tahun Letak Jawatan.
Ekstrim
Wednesday, February 13, 2013
Anggota Polis Boleh Minta Angpau.
Assalamualaikum sumer!~
Kalu di negara kita, pemberian angpau kepada anggota polis semasa bertugas adalah menjadi satu kesalahan BESAR & SERIUS yang boleh disabitkan sebagai RASUAH! Namun, ia tidak akan menjadi salah apabila sampul angpau yang diterima itu TIDAK mengandungi wang ringgit tapi habuk je hehehe *koya spanar ye ko nim! tampar laju-laju kang!*
Gambar hiasan |
Wanita
Wednesday, February 13, 2013
Senangnya Beranak!
Assalamualaikum sumer!~
Menurut HMetro, wanita ini, Kim Leighton, 25, ditemani ibunya, Sue, 54 bershopping di sebuah pusat beli belah di Buckingshire pada pukul 2 pagi! Ketika menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.
PARAMEDIK tiba untuk membantu Kim dan bayinya: HMetro |
Ekstrim
Wednesday, February 13, 2013
Pencuri Oh Pencuri!
Assalamualaikum sumer!~
Apa nak jadi ngan pencuri lening (sekarang ni), semakin buruk bebenor perangainye! Kalu dah dasar nama pencuri tu, dah tentula sumer benda nak dikebas! Tapi...hat ni, aku tak tahu la samada pencuri ni 'low standard' atau 'desperate' sampai kain penutup jenazah pun dia terfikir nak curi!
Haihhh macam-macam pesen la pencuri lening. The question is...si pencuri tu tau tak kain yang dia curi tu kain penutup jenazah?? Kalu la dia tau...memang nyesal tak sudah laaaaaa mat oiii!~
lakonan semula kain penutup jenazah yang dicuri -HM |
Tuesday, February 12, 2013
Sanah Helwah
Tuesday, February 12, 2013
Sanah Helwah (^_^)
Assalamualaikum sumer!~
Dah petang pun, and still aku kat kampung yang mendamaikan. Orang lain dah mula nak balik umah masing-masing selepas lama bercuti. Malam tadi pun dah start 'jam' kat hiway PLUS. Malam ni lagi dashyat kot, lagi ramai la orang ber'gusti' kat tengah hiway malam ni hehehe. Aku ngan incik somi?? Kitaorg balik sebelum subuh sok hahaha...sempoi tak? Dari kampung straight to opis, insyaAllah boleh sampai sebelum kul 7.30am. Kitorg dah bese travel awal-awal pagi...lebih mudah dan yang penting tak perlu menyesakkan diri dalam trafik 'jam' kat hiway tu.
Dalam 2/3 hari ni angin bertiup agak kencang walaupun tak hujan. Seronok rasa hirup udara segar. Tapi sok keje opis konpem berlambak! Padahal...buat je la ye dop?hehehe. Orang lain takda keje tu lagi kasihan, so anim janganla nak komplen kalu keje berlambak plak. Bukan suruh angkat batu pun hehe. Nakal anim ni!
Apaperpun, untuk hari ni amatlah spesel bagi kedua ikon yang dihormati oleh geng muda. Sapa lagi kalu bukan Ustaz azhar Idrus (UAI) & Imam muda Ashraf . Sanah helwah buat mereka berdua, semoga Allah sentiasa memberkati hidup dan amalan mereka juga sumbangan mereka dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama orang-orang muda.
Umur yang panjang dan rezeki yang murah adalah ujian dari Allah s.w.t , maka sebagai muhasabah untuk diriku & korang sumer agar mengisikan umur yang kita ada ini dengan memohon keredhaanNya dan beribadah seikhlas mungkin. Wallahualam.
Islam Point Of View
Tuesday, February 12, 2013
Buah-Buahan Dalam Al-Quran.
Sesungguhnya Islam itu lengkap dari pelbagai sudut. Ia datang bersama pakej lengkap untuk orang2 yang mahu mengambil manfaat darinya. Maka, beruntunglah orang-orang yang beriman dengan Tuhan dan KitabNya.
Namun, manusia seringkali 'tercicir' ilmu pengetahuannya dalam menafsir ayat-ayat dari al-Quran tentang manfaat dan khasiat makanan yang baik.
BUAH-BUAHAN DALAM AL-QURAN
Monday, February 11, 2013
Cerita My Pearls
Monday, February 11, 2013
The Sweetest Smile.
Kakak: " buuu...kakak nak lukis muka ibu ni, ibu senyum jap"
Aku: " okey...." *sengih sambil sepetkan mata*
Kakak: "bu...buat 'peace' bu"
Aku: "pulakkkk?" *angkat dua jari buat peace*
Kakak: "ok ok...diam jap....................ok ok kakak dah dapat"
Best gak jadi model tuk anak. Kakak memang suka melukis dan mewarna. Suruhla dia lukis apa pun, dia mesti no problem punyer. Sekarang....lukisan kakak dah siap....nak tengok? Tuuuuuu.....habis satu badan ibu diwarna-warnikan. Means ibu ni 'colourful' dan ceria sepanjang waktu hehehe.
And after she finished her drawing and she showed it to me and asked, "ibu..lawa tak kakak kaler?", aku jawab, "very beautiful kak, colourful. Ibu suka kakak kaler colourful", and that when she smiled the sweetest smile I've ever seen. Remember, when u praise them for what they love doing most, they will give u the best gift of ur life....and that is LOVE.
And that is the best gift from Allah to us..Alhamdulillah~
Aku: " okey...." *sengih sambil sepetkan mata*
Kakak: "bu...buat 'peace' bu"
Aku: "pulakkkk?" *angkat dua jari buat peace*
Kakak: "ok ok...diam jap....................ok ok kakak dah dapat"
Best gak jadi model tuk anak. Kakak memang suka melukis dan mewarna. Suruhla dia lukis apa pun, dia mesti no problem punyer. Sekarang....lukisan kakak dah siap....nak tengok? Tuuuuuu.....habis satu badan ibu diwarna-warnikan. Means ibu ni 'colourful' dan ceria sepanjang waktu hehehe.
And after she finished her drawing and she showed it to me and asked, "ibu..lawa tak kakak kaler?", aku jawab, "very beautiful kak, colourful. Ibu suka kakak kaler colourful", and that when she smiled the sweetest smile I've ever seen. Remember, when u praise them for what they love doing most, they will give u the best gift of ur life....and that is LOVE.
And that is the best gift from Allah to us..Alhamdulillah~
Lelaki
Monday, February 11, 2013
Bunyamin Omar: 'Solat Jangan Tinggal'
Assalamualaikum sumer!~
Aku sangat tertarik pada satu artikel di SinarHarian tentang satu pesanan beliau yang pada aku cukup memberikan kesedaran bahawa apa jua yang kita lakukan dalam hidup, baik dalam kerjaya mahupun ketika sukan, JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT!
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan"
Aku sangat tertarik pada satu artikel di SinarHarian tentang satu pesanan beliau yang pada aku cukup memberikan kesedaran bahawa apa jua yang kita lakukan dalam hidup, baik dalam kerjaya mahupun ketika sukan, JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT!
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan"
( al-Baqarah : 110)
Video
Monday, February 11, 2013
Siapa Yang Dimalukan BIG TIME Di Konsert Psy?
Assamualaikum sumer!~
Mula-mula aku tak faham bila baca artikel mengenai PM dimalukan di Rumah Terbuka CNY di Penang semalam. Sapa yang malukan dia? Bukankah dia yang menganjurkan dan menjemput Psy beraksi di rumah terbuka tu?Pasaipa plak dia yang terkena balik?
Psy di konsert Rumah Terbuka CNY semalam, di Penang. |
Nuffnangers
Monday, February 11, 2013
Ada Apa Dengan Kebun Pak Awang?
Assalamualaikum sumer!~
Walaupun malam tadi Kenit tak cukup tidor, Kenit tetap teruskan dengan rutin seharian seperti biasa. Hari ni Kenit on9 awal skit sebab incik somi balik ari ni. So, sementara dia belum sampai Kenit boleh update blog kesayanganku ini hehehe.
Macam biasa, Kenit check-in kat nuffnang kot2 kalu ada berita gumbira tentang BE ke. Tapi, hampa...! Ahhh, takda hal la tu small the pieces, sok lusa dia muncul la tu huhu *pujuk hati*. So, biler Kenit check kat keywords yang paling fofular, Kenit terjumpa ni....
Sunday, February 10, 2013
Teknologi
Sunday, February 10, 2013
Manusia Bionik Pertama Di Dunia! (Gambar)
Manusia memang diberi kelebihan dan kepandaian oleh Allah s.w.t sejak zaman Nabi Adam a.s lagi. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka pahala tidak putus-putus."
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka pahala tidak putus-putus."
( Surah Al-Tin ayat 4-6)
Pelbagai teknologi dicipta oleh manusia sejajar dengan peredaran zaman dan keperluan manusia sejagat. Ada yang beri manfaat, ada juga yang memberi mudarat. Tapi, apa yang nak aku kongsikan di sini, sesuatu yang baru dalam dunia teknologi penciptaan robot manusia.
Lelaki
Sunday, February 10, 2013
Azad Jasmin Dilarang Jumpa Anak?
Haaaaaa..serius ni! Apekeheinyer Azad takleh jumpa anak dia?? Gaduh ke diaorg ni?? Hishhh musim hujan sejuk-sejuk gini pun ramai yang bergaduh samapi bercerai berai. Terpikat aku pada kata-kata seorang ustazah (tak ingat nama beliau) dalam rancangan Primadona (aku tak tengok, cuma tertengok iklan dia je hehehe) kat ASTRO yang mengatakan, sebab mengapa rumahtangga tidak dapat kekal lama...sebab, pasangan lebih mencintai manusia melebihi dia mencintai Allah, maka Allah tarik kebahagiaan pasangan tersebut (nauzubillah!) Semoga kita bukan sebegitu ye anak-anak.
Lelaki
Sunday, February 10, 2013
Pakcik Uzur Nak Cari Calon Isteri Warisi Harta.
Kadang-kadang harta yang banyak takkan dapat memenangi kasih sayang anak dan saudara, apatah lagi kalu nak suruh diaorg jaga kiter bila dah tua. tapi, kalu takda harta lagi la orang tak pandang kat kiter. Jangan kan kata orang...anak sendiri bila-bila boleh buang kiter. Tapi, dalam kes ni ayah banyak harta...tetap kene buang ngan keluarga! Kadang-kadang harta yang banyak takkan dapat mengisi 'kekosongan' & mengubati kesunyian dalam hati. Tambah malang bila anak-anak sendiri pun tak peduli tentang ayah sendiri yang terlantar uzur.
Bila Balik Kampung
Sunday, February 10, 2013
Borak-borak Kampung.
Assamualaikum sumer!~
Pagi yang mendamaikan....jiwa tenang bile hirup udara bersih kat kampung ni. Mak plak buat cekodok pisang pagi ni perrrrggghhh lagi 'kembang' la aku hehe. Bukan aku taknak masak, tapi time ni la aku nak manja-manja ngan mak, nak rasa air tangan mak yang tiada tandingan! Inilah part paling best kalu cuti lama skit. ..hehe.
Sempena 4 hari cuti CNY ni, aku bawak anak-anak balik kampung spend time ngan atok dan wan diaorg. Incik somi plak ada 'part time' di KL ,so lusa baru balik sini balik.
Aperpun, kali ni aku tak bawa balik laptop sebab kalu bawak balik pun tak guna...tahap line tenet mengalahkan unta padang pasir! Still aku nak update ... tak kira nak jugak! hehe. Blogging kan obsesi baruku..kalu tak citer sehari macam tak lengkap je rasa.
So, pe cer arini? Gambar ni aku snap dari paper semalam. Disebabkan aku malas nak gi kedai beli paper maka aku amik je la gambo semalam hehehe. The question is....meletops ker?? Aku dah lama ketinggalan bab2 tengok wayang ni. Tabiat ni dah lama aku tinggalkan since aku pregnant anak sulung. Lagipun, aku bukan kaki wayang tegar, kalu kawan ajak barulah aku terhegeh-hegeh nak gi. Kalu nak gi sorang tu bukan aku la hehe.
Incik somi memang minat ngan filem arahan Mamat Khalid. Dari filem Man Laksa sampai la ke Hantu Kak Limah kalu ada tayangan ulangan dia yang dok hadap depn tv tu. Aku? Aku menurut jer, tak kisahla filem apa pun tapi kalu teruk mengarut benor aku tutup terussss.
So, di sebalik kontroversi Awie & promosi filem ni yang gempakzzz kemungkinan ramaila yang akan serbu pawagam kali ni. Pasal kontroversi Awie ngan hal kelab malam tu memang aku tak suker ...hatta ko seorang artis pun ko tak terkecuali dari hukum Allah, setuju? Hal sebegini takyah malu-malu nak komen,bende gini kan basic, takkan nak tunggu jadi ustaz/usrazah baru leh tegur?? Kalu tak betul kene tegurla...ke guaner?
Saturday, February 09, 2013
Islam Point Of View
Saturday, February 09, 2013
4 Peringkat Dosa: Dimanakah Anda?
Setiap makhluk bergelar manusia pasti tidak terlepas dari melakukan dosa, baik dosa kecil mahupun dosa besar. Namun, adalah menjadi fitrah manusia apabila dia melakukan dosa pasti akan memohon kepada Tuhannya agar diampunkan dosa tersebut.
Walaubagaimanapun, manusia tidak terlepas dari cengkaman ego sendiri yang apabila dia melakukan dosa, masih juga tidak bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Golongan ini adalah golongan yang sombong dengan Tuhannya, Pencipta Sekelian Alam. Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Jom kiter terjah!~
Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya…. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua..
Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya… Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..
Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya….Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD (nauzubillah!).. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. “Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..
Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN… Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..
Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..
Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.” Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut." Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”
Wallahualam…
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.